Judul : ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI?
link : ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI?
ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI?
shahbudindotcom
Bukan kali pertama, malah sudah beberapa kali Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dilihat bertindak lebih laju dan mendahului pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dalam membela dan mempertahankan Najib Razak.
Sebagai seorang Setiausaha Akhbar, tugas Tengku Sarifuddin ialah berurusan dengan pelbagai perkara berkaitan media atau menyediakan ucapan dan kenyataan akhbar untuk Najib.
Tidak pernah seorang Setiausaha Akhbar "mengglamourkan" dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Tengku Sarifuddin ini dengan bertindak seolah-olah beliau salah seorang pemimpin kanan parti dan kerajaan.
Gambaran paling nyata apabila seorang setiausaha akhbar terpaksa tampil bersuara di ketika Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Penerangan UMNO, Menteri Penerangan dan lain penjawat penting dalam parti dan kerajaan lebih selesa berdiam diri, adakah mereka itu sudah letih atau mual dalam membela dan mempertahankan Najib?
Ketika menjawab tulisan Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong yang membayangkan Najib kian tersepit menjelang PRU 14 akan datang, Tengku Sarifuddin sebaliknya membayangkan DAP berdepan lebih kesukaran sama ada tidak dapat bertanding menggunakan logonya sendiri iaitu Roket atau mungkin akan diharamkan pendaftarannya.
Tindakan beliau sebagai Setiausaha Akhbar membangkitkan isu pengharaman DAP dalam berhujah menimbulkan persoalan sama ada perkara itu sedang dalam pertimbangan para penasihat Najib sebagai salah satu kaedah untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang atau sekadar ugutan semata-mata?
Selain persoalan mengapa Tengku Sarifuddin yang perlu tampil menjawab apa yang ditimbulkan oleh Chin Tong sedangkan sepatutnya pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain berbuat demikian, tentunya juga ramai yang tertanya-tanya, mengapa isu berkaitan DAP dengan Pendaftar Pertubuhan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri yang disentuh oleh beliau?
Jika tujuannya bukan bertujuan benar-benar mengharamkan DAP, apakah Tengku Sarifuddin sedang menyindir Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang nampaknya begitu lembab dan perlahan bertindak dalam membela dan mempertahankan Najib sejak kebelakangan ini?
Apakah kerana Zahid sejak akhir-akhir ini tidak banyak berbuat apa-apa, bahkan berkaitan isi-isi yang dibangkitkan Chin Tong dalam tulisannya yang terbaru itu, pemimpin nombor dua dalam parti dan kerajaan itu juga masih berdiam diri, maka Tengku Sarifuddin bertindak melakukan sindiran itu?
Adakah Tengku Sarifuddin bertindak atas gerak hatinya sendiri kerana melihat Zahid tidak berbuat apa-apa atau beliau diarahkan untuk berbuat demikian?
Jika begitu, bermakna lebih benarlah jangkaan Chin Tong bahawa Najib semakin tersepit dan diketepikan di mana Zahid sendiri pun tidak lagi bangkit mempertahankan Najib ketika wujudnya serangan terhadap Perdana Menteri?
Dalam hal ini, seperti ingin menunjukkan dirinya yang sebenar kepada Tengku Sarifuddin, Zahid dengan pantas menolak kemungkinan DAP dalam pertimbangan untuk dibatalkan pendaftarannya, sambil berjanji akan memutuskan mengenainya pada minggu depan setelah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah, Pendaftar Pertubuhan.
Demikianlah Artikel ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI?
Sekianlah artikel ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADAKAH SETIAUSAHA AKHBAR NAJIB SEDANG MENYINDIR ZAHID HAMIDI? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/adakah-setiausaha-akhbar-najib-sedang.html