Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC

Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC
link : Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC

Baca juga


Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC

MALAYSIAKINI


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan menyaman New Straits Times (NST) dan timbalan pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC), Eric See-To kerana didakwa memfitnahnya.

Ini berikutan kenyataan See-To yang membidas Lim kerana menyatakan program-program kebajikan di Pulau Pinang akan terjejas jika beliau disabitkan dengan tuduhan rasuah.

Kenyataan itu disiarkan oleh NST Online semalam.

Menurut laporan itu, Lim mendakwa rakyat Pulau Pinang bimbang hukuman penjara akan menjejaskan program i-Sejahtera di negeri itu, yang memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM100 kepada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan suri rumah.

"Lim Guan Eng tidak pernah membuat kenyataan atau ucapan demikian semalam di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang di Jawi, Nibong Tebal.

"Saman fitnah akan diambil terhadap media BN dan timbalan pengarah BNSC," kata pejabat Lim dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada laporan NST dan kenyataan See-To.

Pejabat Lim mendakwa BN cuba menggunakan dakwaan rasuah terhadapnya untuk mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB dan menegaskan dakwaan itu bersifat politik.

Lim didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 pada 30 Jun tahun lepas kerana didakwa menyalahgunakan kuasa beliau dalam pengezonan semula sebidang tanah.

Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana didakwa memperoleh banglo tanpa pertimbangan sewajarnya.

September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim berhubung kenyataannya berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.



Demikianlah Artikel Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC

Sekianlah artikel Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng mahu saman NST, timbalan pengarah BNSC dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/guan-eng-mahu-saman-nst-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :