Judul : Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif
link : Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif
Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mempertahankan laporan bedah siasat Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi yang disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit leptospirosis atau kencing tikus selepas keluarga pelajar tahfiz tersebut mempertikaikan laporan tersebut.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Hilmi Yahaya berkata, sekiranya pihak kementerian tidak mengeluarkan laporan tersebut, pembantu warden yang didakwa memukul pelajar terbabit sehingga mati akan dikenakan tuduhan membunuh.
"Kalau pukul saja tak jadi macam itu. Ada sebab, di mana kita sudah kenal pasti (mangsa) bukan meninggal dunia bukan kena pukul tapi kerana sakit lain iaitu leptopsirosis.
"Kalau tak dikesan (penyakit), ustaz itu akan kena tuduh membunuh. Jadi kita kena adil. Kena cari punca," katanya kepada pemberita selepas 'Majlis Sambutan Hari Pengajar 2017 Institut Latihan KKM hari di Sungai Buloh hari ini.
Sebelum ini ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, mempertikaikan mengapa pihak polis dan hospital tidak memaklumkan keputusan bedah siasat itu kepada ibu bapa, sebaliknya memberitahu wartawan terlebih dahulu.
Pembantu warden sekolah berusia 29 tahun ditahan untuk membantu siasatan kerana terdapat laporan mendakwa dia memukul Thaqif menggunakan paip getah.
Kes Thaqif yang baru berusia 11 tahun mendapat liputan meluas media kerana tular di media sosial berikutan dakwaan bekas pelajar tersebut meninggal dunia akibat didera.
Tetapi, laporan bedah siasat kedua mendedahkan kematian pelajar itu berpunca daripada leptospirosis atau kencing tikus.
Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif
Sekianlah artikel Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan pertahan laporan bedah siasat Thaqif dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/kementerian-kesihatan-pertahan-laporan.html