Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah

Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah
link : Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah

Baca juga


Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah

MALAYSIA DATELINE

Khalid Samad buat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berhubung hukuman denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Peguam beliau Dr Zulqarnain Luqman berkata, pihaknya membuat tuntutan untuk menyampaikan hujahan dan juga rekod hujahan rayuan tambahan.

"Hari ini untuk tuntutan bagi pihak perayu menyampaikan hujahan dan juga rekod huhajan rayuan tambahan dan kemudian mahkamha tentukan tarikh," katanya kepada Malaysia Dateline.

Sebelum ini, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah didakwa melakukan kesalahan itu di Surau Taman Seri Sementa, Klang, pada 16 Ogos 2011 lalu.

Sekiranya gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjarakan selama tiga bulan.

Khalid, yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Denda RM2,900 ini tidak menjejaskan kedudukan Khalid sebagai ahli parlimen.

Menurut Khalid, kejadian itu berlaku ketika beliau baru pulang dari Gaza.

“Saya balik dari Gaza, Palestin pada tahun 2011 dan saya telah dijemput ke surau untuk memberi ceramah mengenai perjalanan saya ke Gaza.

“Ceramah itu diberikan di surau dan ketika itu orang Jais menunggu saya, mereka mengambil video ucapan saya dan mendakwa saya mengajar tanpa tauliah.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya bercakap tentang perjalanan saya, tetapi mereka masih berkata ia merupakan kesalahan,” katanya.



Demikianlah Artikel Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah

Sekianlah artikel Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid rayu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes mengajar tanpa tauliah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/khalid-rayu-mahkamah-tinggi-syariah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :