Judul : 'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?'
link : 'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?'
'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?'
Kumpulan hak asasi manusia menggesa supaya dihentikan tindakan keras terhadap pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen, dan mendesak Jabatan Imigresen membaik pulih sistem sedia ada yang digunakan untuk menghalalkan pekerja asing.
Pengarah eksekutif kumpulan hak asasi manusia Tenaganita, Aegile Fernandez, menyifatkan serbuan yang dilakukan sebagai "tidak adil".
"Enam puluh hingga 70 peratus daripada mereka yang ditangkap adalah mangsa pemerdagangan manusia. Majikan mereka yang gagal mendaftarkan mereka, tetapi mereka (Jabatan Imigresen) mengusir pihak yang lemah itu.
"Tindakan keras itu sepatutnya ke atas majikan, biar pekerja menjadi saksi," kata Aegile kepada Malaysiakini semalam.
Sebelum ini, majikan diberi masa empat bulan untuk mendaftarkan pekerja mereka bagi mendapatkan pas pengesahan sementara dalam bentuk Kad Penguatkuasaan (E-Kad). Kedua-dua majikan dan pekerja mesti hadir, secara peribadi, untuk memohonnya.
Serbuan itu bermula sebaik sahaja tarikh akhir untuk memohon E-Kad tamat pada tengah malam 30 Jun.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi rantau Asia, Phil Philson pula berkata walaupun Imigresen mendakwa bahawa semua orang mempunyai banyak masa untuk mematuhi, ia tidak pernah mengakui betapa sukarnya para pendatang untuk menuntut agar majikan mereka bertindak awal untuk memenuhi keperluan berkenaan.
"Akibat sikap bertangguh oleh majikan (untuk memohon E-Kad), pekerja asing yang menjadi mangsanya," kata Robertson.
Begitu juga dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jerald Joseph yang menyatakan bagaimana pekerja telah menjadi mangsa "sejak dari mula lagi".
"Pekerja (sendiri) tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan diri mereka sendiri.
"Sekarang (dengan adanya serbuan), ramai yang telah bersembunyi, menjadikan mereka lebih rapuh berbanding sebelum ini. Serbuan tidak menyelesaikan masalah ini," kata Jerald.
Menurut laporan khas Malaysiakini, sekurang-kurangnya 100 keluarga migran telah melarikan diri ke hutan dan kini berada dalam keadaan yang teruk untuk mengelak serbuan.
Sehingga 7 Julai, 2,309 pekerja dan 52 majikan telah ditangkap dalam serbuan secara harian yang dijalankan oleh pegawai Jabatan Imigresen.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafar Ali sebelum ini berkata kurang daripada satu perempat daripada sasaran awal 600,000 pekerja asing telah mendaftar untuk E-kad mereka, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan melanjutkan tarikh akhir itu.
Walaupun pengumuman sebelumnya bahawa E-Kad adalah percuma, Aegile pula mengatakan bahawa majikan telah tampil memberitahu pihaknya bahawa ia tidak begitu.
"Majikan telah menghubungi kami untuk menjelaskan bahawa masalahnya ialah kos (untuk mendapatkan E-Kad).
"Mereka terpaksa membayar RM600 bagi setiap pekerja dan bayaran itu tidak dikembalikan, dan tidak ada jaminan semua pekerja yang memohon akan berjaya didaftarkan," jelas Aegile.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Malaysia, M Ramachelvam juga mendakwa perkara yang sama.
"Persekutuan Majikan Malaysia dan organisasi majikan yang lain telah menyatakan bahawa bayaran sebanyak RM600, sebagai yuran pendahuluan dan sekatan serta syarat-syarat lain, telah memberi kesan kepada Program Pengambilan Semula itu," kata Ramachelvam dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Jerald pula menggesa Jabatan Imigresen untuk menyiasat punca kekurangan sambutan terhadap tawaran E-kad itu.
"Siasat, dan lancar semula sistem itu selepas kajian selesai," katanya.
Pada 6 Julai, Jabatan Imigresen mengumumkan bahawa ia kini membenarkan pekerja tanpa E-kad peluang untuk menyerahkan diri, di mana mereka perlu membayar denda yang dikurangkan menjadi RM400 dan membeli tiket kapal terbang untuk pulang.
Menyerah diri akan mengecualikan pekerja-pekerja ini daripada hukuman penjara dan denda yang lebih berat, tetapi mereka akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia bagi tempoh maksimum selama lima tahun.
Aegile mempersoalkan bagaimana pekerja-pekerja ini mampu membayar opsyen ini, kerana ramai yang belum dibayar gaji sehingga empat bulan.
"(Apa yang kita perlukan) rancangan yang sistematik untuk menangani kelemahan struktur dalam sistem imigresen kita.
"Termasuk membuat pengesahan untuk mengiktiraf pelarian dan dasar berasaskan hak yang komprehensif untuk pengambilan, penempatan dan pekerjaan untuk pendatang dan pelarian di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaganita.
Terdapat kira-kira dua juta pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen di Malaysia.
Demikianlah Artikel 'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?'
Sekianlah artikel 'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Mengapa sasar pekerja bila majikan yang gagal daftarkan mereka?' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/mengapa-sasar-pekerja-bila-majikan-yang.html