Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali

Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali
link : Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali

Baca juga


Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali

DAP perlu menerima hakikat bahawa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September 2013 tidak sah, kata Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Malah, katanya, DAP juga perlu mencontohi Umno dengan mengadakan pemilihan semula seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Dia kena terima hakikat RoS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti Umno dulu.

"Kita (Umno) disuruh buat pemilihan semula kita buat," kata Syed Ali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras 2017, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan arahan RoS sebagai mengarut.

ROS semalam menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semula kerana pemilihan pada 29 September 2013 tidak sah.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan DAP yang menyerang ROS serta menyalahkan kerajaan berhubung perkara tersebut.

"Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

"Kit Siang ini saya nak kata dia ini pandai bercakap sahaja bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam.

"Kenapa Umno nak mempengarugi ROS, dulu Umno dibatalkan dan Umno ditubuhkan semula juga. Hari ini DAP kena buat pemilihan semula buatlah apa yang takutnya," Soal Syed.

Ditanya apakah pemimpin veteran DAP itu takut status diktator akan hilang, ini jawapan Syed Ali:

"Memang dia takutlah sebab mungkin ada perubahan bila ada pemilihan semula. Sebab ahli DAP sekarang pun ada yang dah menyampah dengan kepimpinan yang ada sekarang".

Umno 30 tahun lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran sehingga terpaksa pendaftarannya dibatalkan pada 1987.

Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah. Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menang tipis jawatan presiden parti.

LIHAT VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali

Sekianlah artikel Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan Semula: DAP perlu contohi Umno, kata Syed Ali dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/pemilihan-semula-dap-perlu-contohi-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :