Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM

Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM
link : Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM

Baca juga


Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM

MALAYSIAKINI


Pemuda Umno Pahang membantah keputusan kementerian Kesihatan melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan.

Ketuanya, Shahar Abdulah berkata, keputusan itu bercanggah dengan aspirasi rakyat Malaysia yang sepatutnya memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

"Ia seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 161 dan artikel 152 yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekali gus bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

"Kita harus sedar, adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi penjawat awam yang merupakan barisan hadapan kerajaan untuk berkomunikasi dengan masyarakat," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja dibuat secara tergesa-gesa, malah mewujudkan dwistandard dalam syarat wajib bagi pengambilan penjawat awam di negara ini.

Menurutnya, sekiranya dengan mudah syarat itu dikompromi, tidak mustahil satu hari nanti bahasa Melayu tidak lagi dihormati dan terpinggir.

"Jika bangsa Cina dan India sekeras-kerasnya mempertahankan sekolah vernakular untuk ‘menjaga’ bahasa ibunda mereka, mengapa dengan mudah kita boleh berkompromi tentang sesuatu yang sangat besar seperti ini?" soalnya.

Justeru Pemuda Umno Pahang menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik kelonggaran syarat berkenaan dan mengkaji secara terpeinci mengenai kesannya terhadap masa depan dan kedudukan bahasa Melayu.

"Sekiranya Kementerian Kesihatan tidak mempertimbangkan dan mengkaji semua keputusan penarikan syarat lulus BM, saya khuatir ini adalah permulaan kepada pelbagai lagi tuntutan untuk menyingkirkan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaulat di negara ini," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata, graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu.

Beliau berkata calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM



Demikianlah Artikel Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM

Sekianlah artikel Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda Umno bantah longgar syarat lulus BM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/pemuda-umno-bantah-longgar-syarat-lulus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :