Judul : Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim
link : Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim
Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim
Tun Faisal Ismail Aziz
SHAH ALAM - Pengambilalihan aset secara sivil atau pelucutan hak sivil dikecam begitu hebat di Amerika Syarikat (AS) selain dilihat sebagai undang-undang yang zalim.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini kerana ia dilihat sebagai memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa Amerika untuk merampas wang dan harta orang awam tanpa perlu membuat pendakwaan ke atas pemilik harta.
Menurutnya, malah dilihat tanpa perlu membuktikan seseorang itu bersalah "melangkaui keraguan munasabah".
“Untuk melaksanakan pelucutan sivil, pihak berkuasa AS hanya memerlukan syak wasangka berdasarkan kemungkinan terdapat bukti yang lebih banyak bahawa sesetengah harta mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah.
“Beban pembuktian untuk membuktikan harta-harta ini "tidak bersalah" terletak kepada individu dan sebelum dibicarakan harta-harta ini telah pun dianggap "bersalah”,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, seorang felo Institut Penyelidikan Manhattan, Jared Meyer memberitahu kebanyakan individu tidak mahu bersusah payah mendapatkan semula harta mereka.
Katanya, ini adalah kes sivil, bukan prosiding jenayah, tidak ada sebarang bantuan dari kerajaan untuk mempertahankan diri (atau harta seseorang). Lebih mudah dan lebih murah, untuk membiarkan kerajaan 'mencuri harta-harta ini daripada berjuang untuk mendapatkannya kembali.
“Nilai harta yang dirampas di bawah pelucutan hak sivil ini meningkat hampir sepuluh kali ganda daripada AS$407 juta (RM1749.47 juta) pada tahun 2001 kepada $ 4.3 bilion (RM18.48 bilion) pada 2012. Sepanjang tempoh itu, polis sahaja telah merampas AS$2.5 bilion (RM10.75 bilion) tunai daripada hampir 62,000 orang tanpa waran atau dakwaan.
“Apakah yang mendorong peningkatan mendadak kes pelucutan hak sivil ini? Jared menjelaskan, untuk setiap rampasan, hasil rampasan itu akan dipindahkan ke dalam akaun Dana Perlindungan Aset, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dana ini boleh disalurkan kembali kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang membuat rampasan.
“Pada waktu yang sama, dana yang disita oleh penguatkuasa undang-undang tempatan juga boleh dipindahkan ke peringkat persekutuan dan 20 peratus daripadanya akan masuk ke dalam akaun dana DOJ,” katanya.
Tambahnya, dakwaan Jared ini ada asasnya dan dalam kes saman sivil ke atas bekas presiden Taiwan yang mengambil masa selama enam tahun, selepas anak-anak bekas presiden itu tidak mahu meneruskan penentangan terhadap DOJ kerana kos guaman telah menjadi terlalu tinggi, kerajaan AS hanya mengembalikan AS$1.5 juta (RM6.45 juta) kepada Taiwan pada tahun 2016, iaitu selepas dua hartanah yang terlibat dijual.
“Jumlah ini dilihat terlalu sedikit berbanding nilai sebenar dua hartanah tersebut. Dua hartanah ini berharga AS$2.1 juta (RM9.03 juta) pada tahun 2008. Selepas lapan tahun, iaitu pada tahun 2016, tentulah harga dua hartanah ini telah meningkat berkali ganda.
“Logikkah selepas lapan tahun, nilai hartanah ini tidak meningkat sama sekali, sebaliknya menurun? Hanya AS$1.5 juta (RM6.45 juta) dipulangkan kepada Taiwan. Bagaimanakah nilai AS$1.5 juta ini ditentukan dan berapa peratus dari nilai sebenar yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Taiwan ini dimasukkan ke dalam tabung dana DOJ?,” katanya.
Demikianlah Artikel Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim
Sekianlah artikel Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengalihan aset secara sivil undang-undang zalim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/pengalihan-aset-secara-sivil-undang.html