Judul : Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput?
link : Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput?
Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput?
Suara KebenaranPakatan Harapan, terutama PKR hari ini mempersoal Pejabat Perdana Menteri kenapa tidak menjemput ADUN Kajang ke majlis perasmian MRT laluan Kajang-Sg Buluh yang diadakan hari ini? Tempoh 14 hari akan diberikan atau satu notis akan difailkan dalam persidangan Parlimen yang akan datang.
Sebagai ADUN Kajang dan orang yang memberi inspirasi kepada perasmian stesen MRT tersebut, amat tidak kenalah bila wakil rakyat kawasan tersebut tidak dijemput menghadirinya, seoalah-olah tidak menghormati amanah yang diberikan rakyat kepada Wan Azizah dalam PRK Kajang 2014.
Bukan pertama kali ini sahaja kejadian seumpama ini berlaku, malah sudah banyak kali. Dalam apa-apa majlis perasmian projek mega kerajaan yang diadakan dalam kawasan yang dimenangi Pakatan Harapan, wakil rakyatnya tidak pernah dijemput hadir.
Ini berbeza dengan amalan di negeri yang dikuasai Pakatan Harapan bila wakil rakyat kawasan tersebut, termasuk dari BN akan dijemput untuk menghadiri majlis perasmiannya dan inilah bentuk keadilan yang sebenarnya. Tinggal lagi, setakat ini belum ada projek besar yang dirasmikan pimpinan negeri Pakatan Harapan di kawasan yang dikuasai BN, sebab itu belum ada lagi wakil rakyat mereka yang dijemput.
Tapi kalau ada, terutama setelah Pakatan Harapan menang PRU14 nanti, kita akan menjemput mereka.
Demikianlah Artikel Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput?
Sekianlah artikel Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/perasmian-mrt-kenapa-wan-azizah-tidak.html