Judul : Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat
link : Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat
Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat berhubung pindaan terhadap Akta Perubatan 1971, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
"Ketika ini perbincangan berhubung pindaan itu akan dibuat pada peringkat pentadbiran Kementerian Kesihatan terlebih dulu sebelum dibawa kepada Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Blok Obstetrik dan Neonatalogi Hospital Putrajaya di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kabinet semalam yang mahu Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan dua tahun selepas tamat 'housemanship' dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Subramaniam juga berkata, isu 23 Pegawai Perubatan Gred UD41 yang ketika ini tidak mempunyai kelulusan BM peringkat SPM dijangka dapat diselesaikan dalam jangka masa setahun kerana mereka boleh mengambil peperiksaan subjek BM secara tunggal bermula November ini.
Demikianlah Artikel Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat
Sekianlah artikel Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/perbincangan-pindaan-akta-perubatan.html