Judul : Saifuddin 'patah hati' dengan PH?
link : Saifuddin 'patah hati' dengan PH?
Saifuddin 'patah hati' dengan PH?
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah mengundang tanda tanya apabila memuat naik satu status berbaur 'patah hati' di laman Facebook beliau, beberapa hari lalu.
"Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih," demikian tulisan Saifuddin dalam laman sosial itu.
Walaupun bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menulis secara berkias, namun ia seolah memberi gambaran mengenai situasi 'celaru' yang melanda gabungan yang disertai oleh PKR, DAP, Amanah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan memberikan kata-kata semangat dan meminta beliau tidak patah semangat, namun tidak kurang juga ada yang memberikan komen sinis.
"Baru Datuk tahu, gila kuasa di kalangan orang kecewa pengkhianat, jangan pula Datuk salahkan PAS atas kegilaan kuasa PH ini," tulis seorang pengguna akaun bernama Mohd Sabri.
"Dulu semua salahkan PAS, Datuk. Sekarang Datuk tahu siapa yang selalu buat masalah dan bocorkan maklumat mesyuarat," tulis Muhd Shah Ozil.
"PH tak sepakat. Depa (mereka) semua nak jadi ketua. Saya melihat kewibawaan MB Selangor sebagai PM dan Datuk sebagai TPM. Bukan mesin lama. Namun dalam sisi lain, tanpa PAS, sukar PH nak move (bergerak)," tulis Mal Abdullah Kilot.
Malah, tulisan Saifuddin itu turut mengundang perhatian Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Kamarul menerusi komentar yang disiarkan Berita Harian, melahirkan rasa hairan di sebalik 'luahan' tokoh penting dalam PH itu.
"Bila Saifuddin sebagai Ketua Setiausaha PH menulis mengenai 'organisasi bertatih', sudah tentulah ia merujuk kepada kelembapan tumbesaran PH.
"Begitu juga bila beliau menulis mengenai 'kemenangan seakan tak mampu diraih', sudah tentulah ia merujuk kepada ketidakmampuan PH mencapai kemenangan di dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).
"Persoalannya ialah kenapa tokoh sepenting Saifuddin boleh secara terbuka meluahkan kekecewaan beliau terhadap PH tatkala ramai pemimpin PH lain, terkecuali Strategis DAP, Liew Chin Tong, yang turut tersilap menyebut perkara sama di dalam akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun lalu, melaungkan keyakinan mereka terhadap PH?," tulis ahli akademik itu.
Namun menurut Kamarul, berdasarkan perjalanan gabungan itu sejak ia ditubuhkan pada September 2015, kekecewaan Saifuddin itu sememangnya berasas.
"Ini kerana tumbesaran PH cukup lembap sehingga menyebabkan beberapa kali Saifuddin termalu sendiri bila diperlihatkan seolah-olah telah cuba membohongi rakyat," katanya sambil memberikan beberapa contoh peristiwa di mana gabungan itu 'mungkir janji'.
Antaranya, Mesyuarat Majlis Setiausaha PH di Ibu Pejabat DAP pada 18 Januari 2016 mengumumkan bahawa PH akan melancarkan Dasar-Dasar Bersama PH pada 16 Julai 2016, di mana antara perkara yang bakal ditekankan adalah bagaimana untuk menangani isu kebajikan dan sosioekonomi serta politik pengundi Melayu.
"Malangnya, pada tarikh yang dijanjikan, malah sehingga sekarang pun, Dasar-Dasar Bersama PH gagal dilancarkan, di mana pada 12 Julai 2016, Majlis Presiden PH sekadar mengeluarkan satu kenyataan media bagi menyatakan ia membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan PH setakat itu perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan," tulisnya.
Selain itu, Perjanjian PH yang yang ditandatangani oleh para pemimpin tertinggi PH pada 9 Januari 2016, kata Kamarul, turut 'cakap tidak serupa bikin'.
"Sebagai contohnya, Fasal 2.3 Perjanjian PH memperuntukkan bahawa “sebarang perbezaan pendapat, percanggahan, ketidakpuasan hati atau bantahan dari satu parti terhadap parti lain perlu disuarakan mengikut saluran dalaman PH untuk diselesaikan secara bersama di dalam PH” dengan pihak yang melanggar peruntukan ini boleh diadu kepada Badan Perantara.
"Bagaimanapun, perbezaan pendapat, percanggahan, ketidakpuasan hati atau bantahan dari satu parti terhadap parti lain tetap juga disuarakan secara terbuka oleh ramai pemimpin PH, termasuk oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim, yang menghentam AMANAH dan PPBM di dalam portal berita Malaysiakini pada 28 Jun dan 1 Julai lalu," tulisnya lagi.
Tambahnya juga, percanggahan turut berlaku dalam isu calon perdana menteri.
"Fasal 6.6 dan Fasal 6.7 Perjanjian PH pula memperuntukkan bahawa pentadbiran kerajaan PH di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri-negeri akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan seorang Menteri Besar/Ketua Menteri yang dipilih mengikut prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam PH perlulah bersetuju sebulat suara dengannya.
"Bagaimanapun, pengumuman secara unilateral mengenai calon Perdana Menteri dan calon Menteri Besar/Ketua Menteri PH ini tetap juga dibuat oleh ramai pemimpin PH, termasuk oleh Penasihat PH, Lim Kit Siang, yang menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan di dalam kunjungan beliau ke Kota Bharu pada 29 Jun lalu.
"Berdasarkan kepada perkembangan PH seperti yang dinyatakan, memang wajarlah Saifuddin sebagai Ketua Setiausaha PH memuatnaik satu status di dalam Facebook beliau yang berbunyi 'Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih',"tulisnya lagi.
Demikianlah Artikel Saifuddin 'patah hati' dengan PH?
Sekianlah artikel Saifuddin 'patah hati' dengan PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin 'patah hati' dengan PH? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/saifuddin-patah-hati-dengan-ph.html