Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti

Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti
link : Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti

Baca juga


Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berikrar akan memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu sentiasa berada pada integriti yang tinggi.
 
“Saya ingin bawa semula aspirasi dan nilai asal bagaimana FELDA diuruskan dalam pentadbiran hari ini agar integriti dan fokus pada tanggungjawab menjadi amalan yang akan membawa organisasi ke tahap lebih tinggi," ujarnya yang dipetik Bernama.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Putrajaya hari ini. 
 
Ia dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, asas atau nilai asal yang akan diterap adalah memperkukuh aspek kemuafakatan dalam kalangan pentadbir dan peneroka yang menjadi elemen penting kejayaan FELDA sehingga kini.
 
Ujarnya, asas tersebut telah membawa kepada reformasi tanah sehingga berjaya mengeluarkan majoriti masyarakat daripada belenggu dan kepompong kemiskinan.
 
Menurutnya, nilai yang dipraktikkan itu juga telah membawa pembangunan negara secara seimbang antara bandar dan luar bandar, sepertimana konsep pembangunan wilayah yang diterajui FELDA.
 
“Untuk itu, semua daripada kita perlu terlibat menjayakan misi ini agar matlamat menyumbang kepada kekuatan ekonomi warga FELDA dan negara dapat dicapai,” katanya yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada Januari lalu. 
 
Syarikat perladangan itu baru-baru ini menjadi perhatian umum apabila terpalit dengan kontroversi ekoran penahanan dua individu disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga berhubung pembelian sebuah hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
 
Hasil siasatan mendapati, mereka disyaki memanupulasi harga hotel itu sehingga menyebabkan FIC perlu membayar lebih puluhan juta ringgit. 
 
Setakat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam keterangan lebih daripada 10 saksi. 
 
Pada 17 Julai lalu, SPRM mengambil tiga kotak dokumen dari pejabat FIC berhubung pembelian hotel di London itu.
 
Terdahulu, agensi pelaburan FELDA iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dibelenggu kemelut ekoran dakwaan salah laku berhubung tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.
 
Kemelut itu menyaksikan perubahan barisan kepimpinan FGV melibatkan jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya. 




Demikianlah Artikel Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti

Sekianlah artikel Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrir ikrar FELDA ditadbir penuh integriti dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/shahrir-ikrar-felda-ditadbir-penuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :