Surat cinta jadi pengubat rindu

Surat cinta jadi pengubat rindu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Surat cinta jadi pengubat rindu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Surat cinta jadi pengubat rindu
link : Surat cinta jadi pengubat rindu

Baca juga


Surat cinta jadi pengubat rindu


Surat cinta jadi pengubat rindu
Laporan berita kemalangan maut membabitkan arwah dalam Sinar Harian online.
 
 
TAMPIN – “Sebelum ini, arwah suami memang banyak kali luahkan isi hatinya untuk saya melalui tulisan, ada ditaip di komputer dan ada juga surat... namun kini semuanya tinggal kenangan,” luah Farah Adibah Alias, 32.

Dia merupakan isteri kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Rafshan Jani Mohmad Rafdzi, 33, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 339.5 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, 15 April lalu.

Farah berkata, nukilan terbaru arwah suaminya itu bertarikh 5 Februari lalu bertulis tangan, disampaikan sendiri arwah kepadanya.

“Masa tu saya teman dia di Kuantan berlatih sempena menjadi wakil polis Negeri Sembilan dalam pertandingan ragbi. Dalam surat tu dia luahkan segala-galanya termasuklah kesibukannya dalam tugas dan saya tetap juga setia memahami serta mendoakan kesejahteraannya.

“Saya sebenarnya tak kisah kerana faham tugasnya sebagai anggota polis. Namun beberapa bulan sebelum arwah pergi, arwah benar-benar ingin luangkan masa dengan saya serta ada kalanya bawa saya sekali semasa bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Farah berkata, pada pagi sebelum kejadian, arwah dalam perjalanan dari rumah mereka di Gemencheh ke Terengganu bagi menyertai pertandingan ragbi.

Menurutnya, arwah keluar dalam keadaan ceria dan menyatakan akan menjemputnya untuk sama-sama memberi semangat semasa pertandingan itu nanti.

“Dia mahu uruskan segalanya termasuk menempah hotel. Tapi saya katakan padanya tidak perlu. Nanti bila dah sampai sana dan tahu jadual perlawanan baru uruskan penginapan.

“Tak sangka pula saya terima berita mengejutkan arwah meninggal dunia dalam kemalangan sebelum sampai ke Terengganu," katanya.

Ujar Farah, nukilan dan kenangan selama 13 tahun menempuh dugaan susah, senang dalam hidup kini menjadi penguat semangat untuknya meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta.

“Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di Politeknik Johor Baharu 13 tahun lalu. Masa tu umur saya 19 tahun. Kami berkahwin 1 Jan 2011. Dah enam tahun dan sepanjang tempoh itu dari tiada apa-apa kami berpeluang membina impian kami sendiri.

“Arwah suamilah yang banyak bantu saya mulakan perniagaan dan beri galakkan buka kedai makan sendiri. Tak sangka beberapa bulan sebelum hayatnya, dia ajar saya untuk hidup berdikari. Rupa-rupanya itu merupakan petunjuk yang dia mahu saya kuat selepas dia tiada,” luah Farah.

Farah berkata, segala-galanya bukanlah mudah untuknya lalui, kerana sebelum ini arwah suaminya adalah tulang belakang serta yang banyak buat keputusan dalam setiap perkara.

Bagaimanapun menurutnya, dia tidak harus mengalah dengan perasaannya sendiri lebih-lebih lagi sebelum kemalangan maut itu, suaminya mahu melakukan perubahan dalam perniagaan kedai makan mereka yang diberi nama Diba Kitchen di Tampin.

“Jika rakan-rakan dan keluarga arwah masih terasa serta tak percaya dengan kehilangan arwah hinggalah ke hari ini, apatah lagi saya yang kadang-kala menunggu kepulangannya.

“Arwah memang baik dan rapat dengan rakan-rakannya. Namun, saya harus reda dan kuat menempuh dugaan ini seperti mana yang dipesannya kepada saya supaya saya pandai menjaga diri serta berdikari," katanya.

Malah menurutnya, perniagaan kedai makanan itu juga diuruskan secara bersama dengan keluarga arwah yang berpindah ke Tampin dari Kuantan, setelah arwah ditugaskan di Unit Cawangan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin tujuh tahun lalu.



Demikianlah Artikel Surat cinta jadi pengubat rindu

Sekianlah artikel Surat cinta jadi pengubat rindu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Surat cinta jadi pengubat rindu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/surat-cinta-jadi-pengubat-rindu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :