Judul : Suspek jual hasil curi di FB ditangkap
link : Suspek jual hasil curi di FB ditangkap
Suspek jual hasil curi di FB ditangkap
SINAR ONLINEMIRI - Polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di Bintulu berikutan tangkapan dua suspek lelaki rakyat tempatan di sebuah stesen minyak di Medan Jaya, Bintulu pada 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Bintulu, Superintendan Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam lima kes pecah rumah di kawasan perumahan MNLG Kidurong, Bintulu dengan seorang daripada suspek akan menjual hasil barangan dicuri melalui Facebook.
“Seorang lagi suspek akan menjual barangan curi di kedai menjual telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zailanni berkata, polis turut merampas pelbagai barangan yang dimiliki suspek antaranya sebuah kereta, sebuah motosikal, komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenis, tablet dan dua kamera.
“Suspek menjalankan aktiviti pada sebelah malam dengan menjadikan rumah yang ditinggalkan kosong sebagai sasaran,” katanya dan menambah permohonan reman akan dibuat hari ini. - Bernama
Demikianlah Artikel Suspek jual hasil curi di FB ditangkap
Sekianlah artikel Suspek jual hasil curi di FB ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek jual hasil curi di FB ditangkap dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/suspek-jual-hasil-curi-di-fb-ditangkap.html