Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan

Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan
link : Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan

Baca juga


Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan

MALAYSIAKINI



Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa di tanah-tanah rancangan Felda di negeri itu.

Tengku Abdullah bertitah perkara itu sendiri turut mendapat perhatian semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini yang mahukan semua pihak yang berkenaan segera mengambil tindakan proaktif bagi mengatasinya.

"Saya harap pihak polis dapat berbincang dengan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah ini dan sediakan satu laporan yang progresif dan konstruktif.

"Saya tidak mahu tanah rancangan Felda ini berterusan menjadi lubuk penagihan dadah dan harap masalah ini dapat diatasi secepat mungkin, " titah baginda

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika mengadiri majlis sambutan Aidilfitri Polis Kontinjen Pahang yang dihadiri lebih 5,000 anggota polis dan keluarga dari seluruh daerah di negeri itu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Abdul Rahman.

Dalam masa yang sama baginda turut menyeru pihak berkenaan seperti pengurusan Felda bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawasi masalah itu bagi menanganinya daripada bertambah serius.

"Saya sendiri akan turun padang untuk tinjau masalah ini sekadar mampu untuk lihat perkembangannya," titah baginda.

Di majlis itu Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 20 anak yatim dan istimewa dari sekitar daerah Kuantan.- Bernama




Demikianlah Artikel Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan

Sekianlah artikel Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah bimbang masalah dadah di tanah rancangan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/tengku-abdullah-bimbang-masalah-dadah.html

Subscribe to receive free email updates: