Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan

Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan
link : Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan

Baca juga


Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk mengumumkan tidak ada kes baru jangkitan penyakit anjing gila atau rabies di daerah Serian, Sarawak, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
 
Ini kerana mangsa yang terkena jangkitan rabies mengambil masa agak lama sebelum menunjukkan gejala penyakit itu.
 
"Setakat ini kita berharap hanya tiga kes ini sahaja yang berlaku dan tidak ada kes lain bakal dilaporkan.
 
"Tetapi tempoh 'incubation' terlalu panjang jadi agak terlalu awal bagi kita untuk mengatakan tidak akan ada kes baru lagi selepas ini," ujarnya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.
 
Semalam dua daripada tiga mangsa yang dijangkiti rabies meninggal dunia selepas otak mereka sudah tidak berfungsi dan kedua ibubapanya membenarkan alat bantuan hayat dicabut.
 
Dua mangsa itu adalah adik beradik masing-masing berusia enam dan empat tahun.
 
Seorang lagi mangsa dilaporkan kritikal dan sedang dalam rawatan rapi Hospital Umum Sarawak (HUS).
 
Dalam pada itu, Subramaniam berkata pihaknya tidak menolak jangkitan wabak rabies ini berpunca daripada daerah Kalimantan.
 
"Kita suspek kes-kes ini datang kerana sempadan kita dengan Kalimantan kerana diberitahu bahawa Kalimantan ada satu 'outbreak active rabies' di kawasan itu dan (daerah) Serian bersempadan dengan Kalimantan.
 
"Jadi mungkin anjing liar yang telah dijangkiti virus di Kalimantan telah melintas sempadan kita dan datang ke kawasan Sarawak dan melalui itu boleh menjadi punca kepada kes-kes ini," katanya.
 
Susulan itu, Kerajaan Sarawak kini mengisytiharkan lima kampung di daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti rabies.
 
Kerajaan negeri juga mengarahkan semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.
 
 


Demikianlah Artikel Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan

Sekianlah artikel Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terlalu awal untuk umum tiada kes rabies baru - Menteri Kesihatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/terlalu-awal-untuk-umum-tiada-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :