Judul : Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan
link : Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan
Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan
Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik Pengerusi Pakatan Harapan, namun semua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mestilah mendapat konsensus daripada keempat-empat pemimpin tertinggi parti-parti dalam Pakatan Harapan.
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata pemilihan Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan juga telah dipersetujui Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
“Keputusan sama iaitu mesti bersama. Kalau tidak ada, Pakatan Harapan tidak wujud. Ada mana-mana parti nak keluar, Pakatan Harapan akan jatuh. Jadi, memang lah kita akan ada konsensus untuk pegang Pakatan Harapan sebagai satu entiti untuk bawa ke depan. Jadi kita faham itu. Itu ‘dynamics of the game’. Jadi kita faham, tiada masalah dengan itu.
“Itu semua sudah dipersetujui. Mahathir dengan (Datuk Seri) Anwar pun sudah bincang. Kita sudah bincang lama dan sudah pun persetujui atas keputusan. Itu bagus sebagai tokoh politik di negara
Anwar dan Mahathir bersama-sama bawa perubahan di negara kita kepada PRU14. Di mana akan lawan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Antarapos hari ini.
Dalam struktur PH yang dimuktamadkan tengah malam tadi, Dr Mahathir dinamakan sebagai Pengerusi PH dan Anwar dilantik sebagai Ketua Umum, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.
Anwar yang sedang meringkuk dalam penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat itu turut bertegas menolak jawatan Pengerusi PH mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/tun-mahathir-tiada-kuasa-mutlak-hanya.html