Judul : Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor
link : Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor
Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor
DETIK DAILY |
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersikap diplomatik dalam pertikaian Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Presiden PKR itu menjelaskan merit kenyataan menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang untuk meredakan sebarang konflik yang mungkin timbul antara 2 pemimpina berkenaan dalam isu itu.
“Azmin memenangi mandat sebagai menteri besar dengan majoriti adun, termasuk mereka daripada PAS yang memberi mandat kepadanya.
“Sebagai sebuah entiti, kami kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH). Di Selangor, kita menang sebagai PR,” katanya kepada FMT.
Azmin baru-baru ini berkata, PR yang dibubarkan masih hidup dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Susulan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP mengingatkan Azmin, PR tidak wujud lagi.
Azmin turut dibidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata, kenyataan Azmin “sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima”.
PR dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian isu hudud antara PAS dan DAP.
DAP kemudiannya bersama PKR dan Amanah – parti serpihan PAS membentuk PH pada 2015. Mac lalu, PPBM menyertai gabungan pembangkang itu.
Walaupun PR dibubarkan, namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor.
Demikianlah Artikel Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor
Sekianlah artikel Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah cuba reda isu Pakatan Rakyat di Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/wan-azizah-cuba-reda-isu-pakatan-rakyat.html