Judul : Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad
link : Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad
Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad
Akhbar kewangan itu berkata, SPRM perlu menjelaskan jika hanya bekas pengerusi Felda, Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas pembelian hotel oleh FIC.
PETALING JAYA: Sebuah akhbar kewangan mempersoalkan motif di sebalik siasatan ke atas bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
The Edge meminta penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hanya Isa yang bertanggungjawab ke atas pembelian sebuah hotel mewah di London dan Kuching.
“Adakah hanya Isa yang bertanggungjawab ke atas pembelian hotel itu? Tiada sebarang usaha wajar dilakukan? Tiada penasihat atau orang lain terlibat membuat keputusan itu?
“SPRM perlu menjelaskan semua soalan ini dan adakah hanya Isa yang bertanggungjawab apabila semua pembelian perlu diluluskan lembaga pengarah,” kata akhbar itu.
Pada 15 Ogos lalu, Isa ditahan berhubung pembelian 2 hotel itu pada harga lebih tinggi daripada pasaran sehingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
Bulan lalu, SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung pembelian Hotel Grand Plaza Kensington di London pada 16 Disember 2014 dan Hotel & Suites Merdeka Palace bertaraf 5 bintang di Kuching, pada harga lebih tinggi daripada pasaran.
SPRM turut menyiasat pembelian Hotel Grand Borneo di Kota Kinabalu yang bertaraf 3 bintang, juga atas alasan sama.
Isa dibebaskan pada 20 Ogos lalu, selepas direman 5 hari. Peguamnya, Datuk K Kumaraendran berkata, Isa dipanggil SPRM untuk membantu siasatan, bukannya sebagai suspek.
Bagaimanapun, timbul spekulasi berhubung punca di sebalik siasatan itu.
The Edge memetik seorang personaliti korporat yang mendakwa penahanan itu hanya “sandiwara” menjelang pilihan raya umum ke-14 kerana beliau akhirnya akan dibebaskan.
“Ini semuanya helah pilihan raya untuk menunjukkan kerajaan sedang bertindak tegas terhadap rasuah,” katanya.
Ada yang mengatakan Isa bermusuhan dengan beberapa individu berpengaruh dikaitkan dengan Umno dan namanya kini tercemar serta beliau berdepan situasi lebih teruk daripada penggantungan 6 tahun oleh Umno ekoran tuduhan terbabit dalam politik wang.
Laporan itu memberi amaran Isa mungkin berdepan kesukaran untuk kembali aktif dalam politik berikutan sentimen rakyat terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Tetapi, tiada siapa boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam dunia politik di mana rundingan rahsia dan sandiwara adalah kebiasaan,” kata laporan itu.
Demikianlah Artikel Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad
Sekianlah artikel Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhbar The Edge persoal motif tahan Isa Samad dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/akhbar-edge-persoal-motif-tahan-isa.html