Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur

Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur
link : Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur

Baca juga


Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur

 
Thomas Fann berkata beliau mengalami kecederaan di mata kiri akibat ditumbuk pemandu yang didakwa tertidur semasa memandu.


thomas-bus


PETALING JAYA: Seorang aktivis sosial dakwa ditumbuk selepas menegur seorang pemandu bas ekspres yang tertidur semasa membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru petang tadi.

Aktivis Engage, Thomas Fann, mendakwa kejadian tumbuk itu berlaku berhampiran tol Seremban, beberapa minit selepas beliau mengejutkan pemandu itu yang tertidur semasa bas berada di satu lampu isyarat berdekatan Jalan Sungai Ujong, Seremban.

“Lampu isyarat bertukar hijau dan kenderaan lain sudah bergerak tapi bas kami tidak berganjak selama kira-kira 10 minit. Hairan, saya pergi ke bahagian depan bas dan dapati pemandu tertidur.

Saya terpaksa kejut dia beberapa kali sebelum dia terjaga,” kata Thomas di Facebook.

Thomas kemudian memberitahu penumpang lain, yang terkejut dan bimbang akan keselamatan mereka. Beliau kemudian menghubungi syarikat bas berkenaan, memaklumkan kejadian itu, dan meminta pemandu digantikan supaya mereka dapat teruskan perjalanan.

“Beberapa minit kemudian, pemandu menghentikan bas berhampiran tol Seremban, datang ke tempat duduk saya dan cuba tarik saya dari tempat duduk. Dia mahu saya turun dari bas itu kerana membuat aduan tetapi apabila saya enggan, dia tiba-tiba tumbuk saya.”

Menurut Thomas, penumpang lain cuba menahan pemandu itu, yang terus menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Thomas kemudian turun dari bas itu semasa bas berhenti seketika di Pagoh, dan menaiki bas lain untuk ke Johor Bahru.

Thomas ketika dihubungi FMT berkata beliau pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat bas dan pemandu itu.

Thomas, dalam laporan polis yang ditunjukkan kepada FMT, berkata beliau mengalami kecederaan bengkak di mata kiri.

“Syarikat bas perlu memeriksa pemandu mereka dengan baik supaya keselamatan penumpang terjamin. Selain dari membuat laporan polis, saya juga sudah membuat aduan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,” kata Thomas.



Demikianlah Artikel Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur

Sekianlah artikel Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktivis dakwa ditumbuk selepas tegur pemandu bas tertidur dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/aktivis-dakwa-ditumbuk-selepas-tegur.html

Subscribe to receive free email updates: