Judul : Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor
link : Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor
Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor
Pengerusi PAN Negeri Johor, YB Haji Aminolhuda Haji Hassan dan Timbalan Presiden PAN Pusat, Salahuddin Ayub menafikan mereka berkrisis kerana merebut jawatan Menteri Besar Johor.
Kenyataan media yang dibuat oleh kedua-dua tokoh tersebut di rumah kelab wartawan Johor Bahru hari ini telah mematikan desas desus kedua tokoh itu tidak sependapat dalam isu MB Johor.
Salahuddin Ayub dalam kenyataan medianya menegaskan, pilihan untuk menjadi MB Johor ini bukan tertakluk di bawah bidang kuasa parti PAN semata-mata tapi ia tertakluk di bawah Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor juga menurutnya mempunyai ramai tokoh-tokoh yang hebat di peringkat negeri mahu pun peringkat nasional.
Tegaskan lagi, pada masa ini PAN lebih sibuk dengan gerak kerja untuk menawan Johor dan mereka juga turut lebih menumpukan kepada memperkukuhkan PH bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
“Kami mengambil maklum tentang berita yang tersebar mengenai isu calon MB Johor yang mengaitkan nama saya serta YB Aminolhuda selaku Pengerusi Amanah Johor dan perkara ini dinafikan oleh kami.
“Di samping nama kami yang cuba diketengahkan menerusi portal berita tersebut, saya ingin mengingatkan bahawa kami (PH) turut mengemukakan tokoh-tokoh besar yang lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh serta tokoh pejuang rakyat Hassan Karim sebagai pemain utama di Johor menjelang PRU ke14.
“Kami juga turut melebihkan gerak kerja serta lebih serius dalam merealisasikan perubahan di negeri ini seterusnya memastikan Johor menjadi penyumbang yang signifikan untuk perubahan di peringkat nasional,” kata Salahuddin yang dilaporkan Facebook Amanah Johor.
Dalam pada masa yang sama, YB Aminolhuda Haji Hassan berkata, tindakan mengeluarkan berita berkenaan berlakunya krisis di antara dua tokoh itu adalah berpunca dari kesepaduan yang jitu dalam PAN Johor.
Jelasnya, tindakan penyebaran berita berkenaan tokoh kepimpinan PAN yang bakal menjadi MB Johor itu adalah suatu petanda baik kerana ia adalah cerminan di mana PAN kini setanding dengan UMNO di Johor yang sudah bersedia untuk memerintah.
“Tindakan penyebaran berita ini adalah sebuah tindakan yang berlandaskan rasa tidak senang hati dengan kesepaduan yang jitu diperlihatkan oleh kepimpinan Amanah di Johor maka berita seperti ini telah disebarkan bagi memecah belahkan pandangan masyarakat terhadap gerak kerja yang dilakukan Amanah pada hari ini.
“Ada yang positif dari apa yang berlaku adalah suatu gambaran bahawa Amanah kini setanding dengan parti Umno yang memerintah” tegasnya.
Demikianlah Artikel Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor
Sekianlah artikel Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aminolhuda & Salahuddin Ayub Nafi Berkrisis Rebut Jawatan MB Johor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/aminolhuda-salahuddin-ayub-nafi.html