'Banyak datang minta maaf pada saya'

'Banyak datang minta maaf pada saya' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Banyak datang minta maaf pada saya', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Banyak datang minta maaf pada saya'
link : 'Banyak datang minta maaf pada saya'

Baca juga


'Banyak datang minta maaf pada saya'



Dikaitkan dengan insiden Memali, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia disiasat pihak berkuasa.

Mengulas dakwaan bahawa ucapannya 36 tahun lalu menyumbang kepada keganasan di perkampungan terletak di Baling Kedah itu, Abdul Hadi bagaimanapun menjelaskan sehingga kini tiada sebarang tindakan atau tuduhan dikenakan terhadapnya.

Kata presiden ketujuh PAS itu, ketika Amanat Haji Hadi itu tersebar memang ada desakan supaya beliau dikenakan tindakan.

Namun katanya, "amanat" berkenaan adalah petikan daripada ucapan panjang beliau yang sepatutnya didengar secara keseluruhan untuk mendapatkan konteks sebenar.

"Saya tak ada masalah, kalau nak siasat balik pun tak apa. Bukaklah balik kaset saya (yang mengandungi ceramah berkenaan).

"Yang menariknya, mereka yang dengar kaset (itu sebelum) ini, banyak yang datang minta maaf pada saya. Bukan seorang dua," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Terengganu hari ini.

Rakaman sidang media itu disiarkan di Facebook beliau.

Politik suku agama suku

Insiden Memali berlaku pada 19 Nov 1985 di sebuah kampung pedalaman di Kedah. Seramai 18 orang terbunuh akibat keganasan berkenaan, termasuk anggota polis.

Seorang pendakwah, Ibrahim Mahmud atau lebih popular dengan nama Ibrahim Libya dikehendaki polis atas dakwaan mengancam keselamatan.

Pengkritik mendakwa kejadian berkenaan turut dipengaruhi fahaman ekstremisme dibawa Amanat Haji Hadi yang terkenal suatu ketika dulu.

Ia berasal daripada ceramah Abdul Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ketika kemuncaknya "amanat" berkenaan dipersalahkan sebagai punca perpecahan di kalangan umat Islam di sesetengah tempat, termasuk menyaksikan berlaku sembahyang dua imam, pemulauan majlis kenduri dan konflik rumahtangga.

Petikan Amanat Haji Hadi itu ialah:
 
Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 
 
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
 
Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. 
 
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. 
 
Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku' (memisahkan politik daripada agama).




Demikianlah Artikel 'Banyak datang minta maaf pada saya'

Sekianlah artikel 'Banyak datang minta maaf pada saya' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Banyak datang minta maaf pada saya' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/banyak-datang-minta-maaf-pada-saya.html

Subscribe to receive free email updates: