Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?
link : Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

Baca juga


Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjadi pemain utama dalam rundingan dengan PAS.

Justeru itu kegagalannya hadir dalam mesyuarat Pakatan Harapan malam tadi terus menjadi perbualan.

Mesyuarat itu banyak membincangkan kerjasama tersebut, terutamanya selepas PKR mengumumkan menjalankan rundingan tidak langsung dengan sekutu lamanya itu.

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Azmin yang juga pengarah pilihan raya HARAPAN ditunggu-tunggu untuk membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS.

Malah, dakwa sumber-sumber lagi, mesyuarat malam tadi digambarkan bagi memenuhi jadual Azmin yang berada di luar negara pada 23 Ogos lalu.

“Tetapi dia masih tidak muncul,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada Malaysiakini.

Rafizi juga mengesahkan Azmin sepatutnya membentangkan cadangan keempat untuk kerjasama dengan PAS.

Bagaimanakah, seorang lagi naib presiden Tian Chua pula berkata “tidak ada perkara itu” ketika ditanya sama ada Azmin patut membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS malam tadi.

“Macam mana mesyuarat dijadualkan untuk seorang individu? Ia supaya semua orang dapat hadir, bukan Azmin saja,” katanya.

Malaysiakini juga menghubungi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkaitan perkara itu tetapi beliau berkata tidak mempunyai maklumat.

Mesyuarat malam tadi berakhir dengan keputusan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia berdepan dalam persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Minggu lepas Azmin bekata rundingan PKR dengan PAS tiada kena mengena dengan HARAPAN.

Sementara itu, biro politik PKR pula dijadual berlangsung petang ini yang dijangka hangat dengan isu itu.



Demikianlah Artikel Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN?

Sekianlah artikel Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Azmin tak muncul dalam mesyuarat HARAPAN? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/kenapa-azmin-tak-muncul-dalam-mesyuarat.html

Subscribe to receive free email updates: