Judul : Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu
link : Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu
Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu
ANTARAPOS.COMPETALING JAYA: Kerajaan tidak akan menghalang cadangan syarikat penerbangan melarang hidangan minuman beralkohol dalam pesawat, kata menteri pengangkutan hari ini.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta kementerian menyatakan pendirian terhadap gesaan larangan hidangan minuman beralkohol dalam pesawat.
“Pelaksanaannya merupakan keputusan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya, mengulangi pendirian kerajaan yang dinyatakan sebelum ini.
Liow menambah syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAB) yang beroperasi ke pelbagai destinasi seluruh dunia dan membawa pelbagai jenis penumpang perlu memenuhi kehendak pelanggan mereka, khasnya kelas perniagaan dan kelas pertama.
“Sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan syarikat penerbangan di dunia untuk menyediakan minuman keras kepada penumpang.”
“Sungguhpun demikian, ini tidak bermakna kerajaan dan MAB mengalakkan penumpangnya untuk mengambil minuman keras,” ujarnya.
PAS sebelum ini, buat kesekian kalinya menggesa arak diharamkan daripada menu penerbangan Malaysia Airlines pada 5 Jun lalu, selepas seorang penumpang bermasalah cuba memasuki kokpit pesawat MH128 dan memaksa penerbangan ke Kuala Lumpur pada 31 Mei itu berpatah balik ke Melbourne.
Laporan awal mendakwa penumpang itu mabuk, memetik daripada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi. Polis Australia bagaimanapun mengesahkan penumpang warga Sri Lanka itu mengalami masalah kesihatan mental.
Demikianlah Artikel Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu
Sekianlah artikel Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan tidak halang syarikat penerbangan 'buang' arak dari senarai menu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/kerajaan-tidak-halang-syarikat.html