Judul : Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita
link : Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita
Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini 'menasihati' pengamal media untuk mendapatkan fakta terlebih dahulu sebelum melaporkan sesuatu berita.
Teguran itu menyusul selepas beliau diajukan soalan mengenai gesaan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao semalam supaya mendedahkan bukti tempat kelahirannya.
Kit Siang yang dilihat berang dengan soal tersebut kemudiannya meminta pemberita untuk menyiasat kebenaran sesuatu perkara sebelum melaporkannya.
"Saya pernah menjadi pemberita. Jika ada sesuatu berita yang 'sampah' saya akan siasat. Jadi siasat dahulu sebelum kemukakan soalan.
"Jika tidak ia akan 'reflects' (mencerminkan) pada anda, atau organisasi anda. Ia akan jejaskan pembawaan anda sebagai pemberita. Saya pernah menjadi pemberita sebelum ini, periksa berita dahulu," katanya ketika di sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan berkenaan biarpun berkali-kali diasak pemberita agar beliau menjawab dakwaan Ramesh.
"Saya tidak mahu jawab sebab saya rasa pemberita perlu melalui 'ujian'.
"Bukan sahaja ahli-ahli politik perlu melalui 'ujian' tetapi pemberita juga perlu melalui 'ujian'," kata Kit Siang lagi.
Ramesh, pada semalam menggesa veteran DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau dilahirkan di Malaysia.
Beliau mendakwa Kit Siang tidak dilahirkan di negara itu, sebaliknya 'dibawa' masuk ke Malaysia.
Beliau mendakwa hasil daripada carian di laman sesawang 'wikipedia' yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957, telah diubah suai.
Ramesh dan beberapa individu lagi hadir berhimpun di depan Parlimen bagi menyerahkan memorandum menuntut ahli politik veteren itu menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.
Bagaimanapun beliau gagal menyerahkan memorandum itu kepada mana-mana wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.
Demikianlah Artikel Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita
Sekianlah artikel Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang enggan dedah tempat kelahiran, marah pemberita dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/kit-siang-enggan-dedah-tempat-kelahiran.html