Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma

Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma
link : Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma

Baca juga


Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma


Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma
Ghazali mengisi petrol kepada seorang penunggang motosikal yang menyertai program petrol percuma di stesen minyak Petron Taman Tuanku Jaafar, hari ini.
 
SEREMBAN – Prihatin dengan kenaikan harga petrol semasa, Pusat Khidmat Dun Paroi dan Pejabat Daerah Seremban menganjurkan program petrol percuma di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dun Paroi selama tiga hari.

Adun Paroi, Ghazali Wahid berkata program petrol percuma itu bermula sejak Rabu lalu, dan memperuntukkan sekurang-kurangnya lebih RM2,500.

Katanya, PDM yang terlibat akan memberi petrol percuma kepada lebih 160 penunggang motosikal dengan nilai isian RM5.

“Kita prihatin dengan kenaikan harga minyak yang berlaku sejak tiga minggu lalu, dan disebabkan itu kita merancang satu program yang boleh membantu mengurangkan beban rakyat.

“Biarpun jumlah yang diberi itu hanyalah RM5 namun impak kepada penerima petrol percuma itu sangat terkesan,” katanya ketika ditemui di Stesen Minyak Petron, Taman Tuanku Jaafar Senawang, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Marhizah Abdul Razak dan AJK Wanita Bahagian Rembau, Azlinda Abas.

Pada program itu, hampir 200 motosikal yang berada di bawah PDM Tuanku Jaafar menerima petrol percuma bernilai RM5.

Katanya, program itu akan diperluaskan ke semua PDM Dun Paroi dalam masa terdekat.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal yang menerima petrol percuma, Mohd Najib Zainal, 23, berharap program sebegini dapat dilaksanakan selalu bagi membantu meringankan rakyat.

Katanya, walaupun sekadar RM5, tetapi pengisian itu dapat menampung sekurangnya-kurangnya lebih lima hari.



Demikianlah Artikel Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma

Sekianlah artikel Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 160 penunggang motosikal isi petrol percuma dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/lebih-160-penunggang-motosikal-isi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :