LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M

LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M
link : LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M

Baca juga


LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M

 
Sabin Samitah berkata LHDN terikat dengan undang-undang yang tidak membenarkan maklumat mengenai pembayar cukai yang disiasat didedahkan.


sabin-mahathir-son-1


CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pihaknya mendedahkan maklumat mengenai siasatan ke atas anak-anak lelaki Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan berita serbuan itu didedahkan oleh pihak yang ada kaitan dengan keluarga Dr Mahathir.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah berkata LHDN tidak pernah mengumumkan mereka sedang menyiasat sama ada Dr Mahathir atau anak-anak lelakinya.

Beliau berkata LHDN terikat dengan undang-undang yang tidak membenarkan maklumat mengenai pembayar cukai yang disiasat didedahkan melainkan perkara itu menjadi kes mahkamah.

“Berita itu bukan daripada pihak kami, mereka yang dedahkan, bukan LHDN,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat LHDN di Cyberjaya.

Beliau juga menafikan siasatan itu didorong oleh kepentingan politik.

“Tiada campur tangan politik,” katanya.

“Bagaimana harus saya menjustifikasikannya jika pegawai saya menyerbu syarikat yang tiada isu cukai?”

Menurut Sabin, sebarang siasatan atau audit dijalankan LHDN ke atas individu atau syarikat berdasarkan analisis risiko terperinci. Jika tidak, LHDN berdepan tindakan undang-undang.

Beliau berkata ketiga-tiga anak lelaki Dr Mahathir, Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz, disiasat kerana audit dan siasatan tidak dijalankan hanya terhadap sebuah syarikat atau seorang pengarah.

“Kini, apabila kami jalankan audit dan siasatan, kami akan siasat seluruh kumpulan,” katanya.

Tahun ini, LHDN menjalankan program patuhan yang lebih agresif untuk berlaku adil kepada semua pembayar cukai.

Jika individu atau syarikat tidak membayar jumlah cukai yang sepatutnya, LHDN akan “menyiasat kumpulan orang ini” tanpa mengambil kira siapa atau saiz syarikat itu, katanya.

“Jika berdasarkan analisis kami mereka tidak membayar cukai atau hutang dengan kami, siasatan akan dijalankan.”

Pada 8 Ogos, LHDN menjalankan serbuan ke atas Kencana Capital Sdn Bhd, Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd, iaitu syarikat milik anak Dr Mahathir.

Mokhzani disenaraikan sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Opcom Holdings Berhad.
Manakala, Mukhriz disebut sebagai “pemegang saham besar syarikat itu”.

Sementara itu, anak sulung Dr Mahathir, Mirzan yang memegang ijazah sarjana pengajian perniagaan daripada sekolah pengajian perniagaan terkenal Wharton, disenarai sebagai ketua pegawai eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan majlis penasihat kewangan.

Ekoran serbuan itu, Dr Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya juga patut diserbu.

“Saya rasa kita patut jalankan serbuan lebih kerap dan serbuan patut dilakukan ke atas Najib, keluarganya, isterinya, anaknya dan menantunya,” kata Dr Mahathir.



Demikianlah Artikel LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M

Sekianlah artikel LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LHDN nafi dedah maklumat serbuan syarikat anak Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/lhdn-nafi-dedah-maklumat-serbuan.html

Subscribe to receive free email updates: