Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono

Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono
link : Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono

Baca juga


Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono

AKHBAR RAKYAT

 

PEMUDA Pakatan Harapan (PH) dinasihat agar meninggalkan budaya politik Machiavelli yang mengamalkan putar belit, adu domba, manipulasi, kontroversi, sensasi, fitnah dan segala rekaan bersifat matlamat menghalalkan cara. Ianya adalah wajah politik golongan berkepentingan, rakus, terdesak, hipokrit, bongkak serta bankrap idealisme.

Sedangkan anak muda seharusnya dan sebagaimana juga sejarah terukir pada seluruh tamadun, adalah golongan yang teguh berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. Anak muda adalah peneraju dan penggerak kebangkitan massa paling gigih serta ‘tiang’ kepada negaranya hingga menjadi rebutan atau sasaran banyak pihak.

Kenyataan bersama Pemuda PH mempertikai tulisan Presiden PAS bertajuk “Politik Islam dan Perkauman” jelas menunjukkan ia telah dibaca secara emosi dan melulu hingga menerbitkan salah faham. Mereka menyanggah dengan tuduhan kononnya artikel itu berbaur perkauman, sedangkan ia menginterpretasikan suatu perspektif.

Kita terbuka untuk sesiapa jua mahu mengkritik atau mewacanakannya, tetapi mestilah dengan paksi dan kaedah perbicaraan yang benar lagi sihat. Bukannya menghambur unsur-unsur tipikal yang tidak matang, tidak berfokus dan dilihat bebal. Kawal keghairahan dalam berhujah dan tidak perlu melalut untuk mencetuskan ketegangan lain.

Terpulang kepada Pemuda PH untuk menyatakan sudut pandang mereka, tetapi tidak perlu rosakkan perbicaraan dilontarkan Presiden PAS melalui tulisan itu dengan naratif yang sengaja disalahertikan.

Juga tidak perlu membuat tuduhan fitnah dan mengheret kepada unsur untuk membibitkan ketidakharmonian dan ancaman kepada mana-mana pihak.

Walhal artikel itu menyingkap fitrah dan kecenderungan berkait kepimpinan, tanggungjawab teras dan jaminan keadilan, serta peranannya dalam kemajmukan kaum. Selain mengemukakan realiti Malaysia dan cabaran sedang berlaku untuk dipertimbangkan agar tidak menuju kepada situasi yang menggugat kewajaran dan asasnya.

Sebenarnya, Pemuda PH yang bersentimen dan menjadikan kenyataan bersama itu sebagai satu bentuk serangan dangkal dengan menafi atau menutup segala konsistensi PAS dalam menentang korupsi. Malah, menganggap pendekatan dibawa PAS sekadar slogan retorik yang dijadikan permainan politik dan perangkap tertentu.

Jelas ada skeptikal dan paranoid hingga dipalit pula PAS seperti membela Umno serta memperburukkan pentadbiran PAS Kelantan. Jika begitu ada baiknya kalian melihat dan membandingkan dulu rekod integriti 9 tahun pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibanggakan itu sebelum sibuk menuding jari dan perasan suci diri.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Mara Menuju Cita”
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



Demikianlah Artikel Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono

Sekianlah artikel Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Matangkan hujah, jauhi bebal dan semberono dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/matangkan-hujah-jauhi-bebal-dan.html

Subscribe to receive free email updates: