“Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…” - Hallo sahabat
Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita Berita,
Artikel Berita dini hari,
Artikel Berita hangat,
Artikel Berita harga,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita islam,
Artikel Berita jalanan,
Artikel Berita kemarin,
Artikel Berita malam ini,
Artikel Berita politik,
Artikel Berita terbaru,
Artikel Berita war,
Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
“Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…”link :
“Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…”
“Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…”
Mohd Haizal Yatiran

KUALA LUMPUR – Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah sudah menjangka lamarannya bakal ditolak oleh Siti Kasim dan Datuk Vida.
Menurut beliau yang juga terkenal sebagai Raja Report, penolakan tersebut berikutan Datuk Hazmiza Othman sedia dikenali dengan sikap terlalu memilih, seperti mahukan lelaki yang kaya-raya, kacak dan muda.
Bagaimanapun, Rani membidas Vida bahawa lamaran tersebut bukan untuk mencari publisiti murahan.
“Saya mahu ingatkan kepada Datuk Vida ini, saya tidak cari publisiti, publisiti yang cari saya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi.
Berikutan lelaki dambaan Vida terdiri daripada golongan hartawan, kacak dan muda, Rani turut mengingatkan jutawan kosmetik itu agar tidak memperlekeh dirinya kerana apa yang ada pada beliau, semuanya daripada Tuhan.
Secara sinis,Rani Kulup tidak menyesali perkara tersebut kerana sudah menjadi hak Vida untuk memilih lelaki yang kaya, kacak dan muda, berbanding dirinya.
Sementara itu, meskipun aktivis peguam, Siti Zabedah Kasim terlebih dahulu menolak lamaran aktivis laporan polis itu, Rani Kulup tetap positif dan gembira dengan respon yang diberikan Siti Kasim.
Melalui video penolakan Siti Kasim yang tersebar, Rani Kulup gembira kerana pertama kali beliau melihat watak Siti Kasim sebagai wanita yang lemah lembut.
“Semua orang tahu dia(Siti Kasim) ni bengis dan suka mencarut. Tapi bila dia respon saya, senyum manis macam tu, sejuk hati kita semua.
“Ini membuktikan hanya Rani Kulup seorang yang boleh melembutkan hati bengis, agresif Siti Kasim menjadi wanita solehah,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Dalam perbualan bersama MalaysiaGazette, Rani Kulup turut mendedahkan niat sebenar beliau melamar kedua wanita tersebut.
Menurutnya, tujuan utama beliau tidak lain, hanya mahu memberi sedikit kegembiraan kepada rakyat Malaysia melalui lamaran bersifat jenaka itu.
Ia berikutan ketegangan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat situasi politik semasa, tambahnya. – MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel “Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…”
Sekianlah artikel “Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel “Nasib baik mereka tolak, kalau tidak…” dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/nasib-baik-mereka-tolak-kalau-tidak.html
Related Posts :
Kelantan perlu pimpinan berwawasan, bukan berserban - ZaidANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrah… Read More...
Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi BaruOleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Datuk Seri Khairudin Abu Hassan menafikan partin… Read More...
Mukhriz serah notis untuk berdebat dengan Haris
Roslinda Hashim
Haris, Mukhriz
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menghantar not… Read More...
PAS Selangor tidak akan putus tahaluf siyasi dengan PKROleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS Selangor akan tetap berada di dalam kerajaan negeri, meskipun Muk… Read More...
BN tidak tipu rakyat sediakan pembangunan 17 April 2017 Tweet BN tidak tipu rakyat sediakan pembangunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat rumah contoh Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut selepas merasmikan majlis pecah tanah pangsapuri berkenaan hari ini. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - BN tidak pernah menipu rakyat dalam menyediakan projek pembangunan untuk dinikmati bersama oleh semua golongan masyarakat di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata ini kerana, kerajaan sentiasa memikirkan hak dan keperluan rakyat tanpa membezakan latar belakang dengan prinsip dan amalan itu sentiasa menjadi pegangan BN. "Ini selaras dengan cogan yang saya gunakan sewaktu memulakan kepimpinan dan pentadbiran saya sejak 2009, "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.' "Jadi, tidak ada rakyat yang akan tertinggal atau diabaikan kerana kita bersikap realistik dan faham bagaimana kita harus mengurus tadbir negara," katanya semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar. Perdana menteri berkata konsep keterangkuman secara menyeluruh yang diamalkan selama ini juga membolehkan kerajaan mendekati masyarakat bandar dan luar bandar untuk memastikan mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan. Najib menegaskan kerajaan mengamalkan dasar intervensi bagi membolehkan rakyat menikmati 'ekonomi rakyat' seperti projek perumahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengangkutan awam dan bantuan peniaga industri kecil dan sederhana. Menurutnya amalan konsep berkenaan membolehkan ekonomi negara terus dipacu ke hadapan dengan perkembangan kadar pertumbuhan yang sihat dan positif selain projek pembangunan bersifat ekonomi modal dirancang dan dilaksanakan. "Projek seperti MRT, Keretapi Berkelajuan Tinggi, Lebuhraya Pan Borneo, Pengerang dan sebagainya kita sifatkan sebagai projek besar dan ikonik khusus untuk dimanfaatkan rakyat," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Perdana menteri berkata apabila ekonomi modal dan ekonomi rakyat dirangkumkan, rakyat akan sedar bahawa kerajaan benar-benar memahami dan tahu apa yang patut dilakukan untuk menentukan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Najib berkata terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kejayaan yang dikecapi hasil tindakan kerajaan dalam menjuarakan hak mereka atau mahu dipengaruhi sentimen pembangkang yang kelak boleh merugikan mereka. Projek Pangasapuri @ Sungai Udang dijangka siap pada Disember 2019 yang mengandungi 1,251 unit di dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di kawasan seluas 5.51 ekar. - Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat rumah contoh Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut selepas merasmikan majlis… Read More...