PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali

PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali
link : PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali

Baca juga


PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali

 
Ketua Pemuda PAS Khalil Hadi berkata bekas menteri penerangan dan bekas ketua polis negara itu mempunyai kepentingan dalam peristiwa Memali.


Khalil-Abdul-Hadi-rais-hanif


PETALING JAYA: PAS membidas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar kerana mempertikaikan keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji semula peristiwa Memali 1985.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Rais dan Hanif pihak berkepentingan dalam peristiwa tersebut, di mana masing-masing merupakan menteri penerangan dan ketua polis negara semasa kejadian.

Rais sebelum ini berkata kerajaan sudah menghuraikan peristiwa itu dengan baik dalam laporan

Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen, sementara Hanif meminta kerajaan menjelaskan mengapa mereka mahukan RCI itu dan kenapa Kertas Putih yang dibentangkan sebelum ini tidak mencukupi.

“Mereka sendiri menzahirkan sikap negatif di mana ia sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya terhadap wujudnya perkara terselindung yang perlu diserlahkan secara telus,” kata Khalil dalam kenyataan hari ini.

“Pastinya awam memiliki harapan agar suara dilontarkan Tan Sri Rais dan Tun Hanif tidak mempunyai motif untuk melindungi pihak tertentu atau menutup suatu kebenaran yang amat penting dijelaskan dengan seterang-terangnya.”

Rais pada 24 Ogos lalu berkata kerajaan perlu melihat jika terdapat bukti baharu atau perkara masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa itu.

Menteri Nazri Aziz menyokong penubuhan RCI bukan untuk mengkaji semula latar belakang kejadian, tetapi untuk mengkaji respon pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kejadian tu.

Khalil hari ini menyarankan kerajaan supaya menjadikan buku “Memali: A Policeman Remembers” tulisan bekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, sebagai sandaran.

“Terdapat sekurang-kurangnya 3 tempat dalam buku itu menyatakan tidak bersetuju dengan cubaan pihak polis untuk menahan Ibrahim Libya di Memali,” katanya.

“Pertanyaan yang seharusnya dijawab ialah siapa yang memberi arahan?” kata Khalil.

Sementara itu, Khalil mempertahankan ayahnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mempunyai peranan dalam peristiwa itu melalui ucapan “Amanat Hadi”.

“Seperti selalunya, kita melihat terdapatnya pihak yang seperti menangguk di air keruh apabila menjadikannya kesempatan untuk melunaskan dendam kepada sasaran politik mereka.”

“Semata-mata juga bersandar kepada letusan yang dibuat oleh Tan Sri Rahim Noor, sedangkan beliau ketika tragedi 1985 itu hanyalah ketua polis Selangor,” katanya.



Demikianlah Artikel PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali

Sekianlah artikel PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/pas-rais-yatim-hanif-omar.html

Subscribe to receive free email updates: