Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH

Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH
link : Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH

Baca juga


Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH

 
Zaid Ibrahim berkata pemimpin PH tidak boleh membiarkan PKR 'bermesra' dengan PAS dan menggesa Amanah teguh pendirian.


zaid-pakatan2


PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa PKR menjelaskan rundingannya dengan PAS di luar kerangka Pakatan Harapan, dan meminta Amanah bertegas dalam pendiriannya menolak rancangan itu pada mesyuarat Pakatan Harapan (PH) malam ini.

“Amanah mesti menebus maruah mereka malam ini,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang sering bersuara lantang terhadap dasar PAS.

Beliau mendesak Amanah “meletakkan calon sebanyak mungkin” di Selangor, negeri yang dilihat sebagai medan utama untuk gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH) menguji pi=opularitinya, selepas PAS menyuarakan hasrat bertanding 3 penjuru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Amanah perlu isytihar mereka tidak akan bersama PKR. Lebih baik Amanah jangan sia-siakan harapan rakyat walaupun tewas di medan perang daripada menjadi bahan ketawa rakyat,” kata Zaid.

Zaid mendakwa pemimpin PKR selama ini mengetepikan Amanah, parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan hala tuju parti Islam itu berbaik-baik dengan Umno.

“Pemimpin PKR terlalu lama memperlekehkan mereka kerana yakin dengan PAS sebagai rakan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” kata Zaid.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau bertindak sendiri dalam rundingan dengan PAS, mengatakan ia adalah keputusan parti.

Ia dilihat sebahagian daripada usaha PKR untuk merayu PAS dengan harapan parti Islam itu mengubah fikiran dan menggugurkan hasratnya bertanding 3 penjuru di Selangor, negeri di mana PKR memimpin kerajaan gabungan bersama PAS dan DAP sejak 2008.

Langkah itu tidak dipersetujui beberapa pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang mengumumkan peletakan jawatannya daripada Biro Politik, badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.

Zaid yang sering menyokong Amanah sebagai pengganti PAS, baru-baru ini membawa kempen PH ke Kelantan bersama pengerusi PH dan PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga seorang pengkritik lantang terhadap PAS.

Dalam beberapa kiriman Twitter hari ini, beliau menggesa pemimpin PH yang bertemu malam ini untuk menetapkan pendirian mereka terhadap apa-apa percubaan untuk melemahkan pakatan itu, sambil menambah mereka “mesti belajar maksud pengorbanan sebelum mereka meminta perkara yang sama dari rakyat”.

“Jangan memusnahkan harapan rakyat dengan membenarkan PKR ‘bermain-main’ dengan PAS,” katanya.



Demikianlah Artikel Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH

Sekianlah artikel Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlu tegas dengan PKR, nasihat Zaid menjelang mesyuarat PH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/perlu-tegas-dengan-pkr-nasihat-zaid.html

Subscribe to receive free email updates: