Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis

Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis
link : Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis

Baca juga


Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Usaha ke arah kerjasama politik antara PAS-PKR yang dibawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Azmin Ali mewujudkan konflik bukan sahaja dikalangan rakyat, tetapi turut menjejaskan hubungan sesama ahli parti itu.
 
Penganalisis Politik, Dr Jeneri Amir berpandangan sudah tiba waktunya untuk PKR membuat satu keputusan muktamad berhubung kerjasama tersebut, sedangkan PAS telah bertekad untuk tidak lagi bekerjasama dengan parti reformasi itu menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) nanti.
 
"Di peringkat PKR sendiri, ini boleh menimbulkan konflik dalam parti kerana sebahagian tidak menyokong dengan tindakan yang telah diambil. Pendirian yang diambil oleh pemimpin tertinggi PKR itu. Sehingga menyebabkan William Leong meletakkan jawatan daripada Biro Politik.
 
"Tetapi di pihak PKR kelihatannya mereka seolah-olah belum lagi membuat satu keputusan muktamad dan seterusnya 'membelit' mereka dalam satu situasi yang sulit. 
 
"Memanglah. Mereka terjebak dalam situasi yang penuh dilema. Antara tuntutan rakyat dan tuntutan pemimpin tertinggi dan tuntutan pengundi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 
 
Mengulas lanjut jelas Jeneri, kemelut yang melanda terutamanya dalam kalangan penyokong akar umbi parti itu merupakan isyarat jelas bagi PKR untuk lebih fokus melakarkan strategi parti bersama Pakatan Harapan (PH) daripada terus memujuk PAS yang kini sudah 'keras hati'.
 
Sebelum ini, media melaporkan PKR menerusi timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih berusaha berbincang dan memujuk PAS bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.
 
Menteri Besar Selangor itu mengesahkan perkara itu beberapa hari selepas beliau diangkat menjadi Pengarah Pilihan Raya PH pada PRU14 kali ini.
 
Malah, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berkata partinya tidak menolak kemungkinan parti itu akan kembali bekerjasama dengan PAS dalam mendepani PRU14 nanti.
 
Kemuncak kepada ura-ura kerjasama PAS-PKR timbul selepas salah seorang Ahli Biro Politik PKR, William Leong meletak jawatan sebagai tanda bantahan langkah parti meneruskan perbincangan dengan parti Islam itu.
 
Keputusan kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuka kembali kerjasama bersama PAS turut menimbulkan kemelut di Kelantan walaupun selepas memutuskan lantikan politiknya dikekalkan di negeri itu.
 
Tindakan pengerusinya, Abdul Aziz Abdul Kadir yang dikatakan menyokong kerjasama dengan PAS, dipercayai mendapat tentangan daripada akar umbi.
 
Gambaran kemelut di negeri itu juga dilihat apabila Jawatankuasa AMK Kelantan membuat memorandum bagi mendesak ketuanya, Mohd Hafidz Rizal Amran melepaskan jawatan.
 
Menurut sumber, desakan terbabit dibuat apabila Ketua AMK Kelantan itu dilihat menjadi antara pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Abdul Aziz.
 
 


Demikianlah Artikel Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis

Sekianlah artikel Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan PAS-PKR porak-perandakan ahli parti dan sokongan rakyat - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/rundingan-pas-pkr-porak-perandakan-ahli.html

Subscribe to receive free email updates: