Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang

Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang
link : Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang

Baca juga


Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang

MALAYSIAKINI




Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet kelmarin yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 September ini.

“Surat terbuka Lim Kit Siang kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baru melibatkan dalam politik, tetapi bukan dari seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam catatan di laman blognya
sskeruak.blogspot.com, semalam.

Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.

“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.

“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata Salleh.

Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang yang sepatutnya ahli politik veteran.- Bernama



Demikianlah Artikel Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang

Sekianlah artikel Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salleh: Lawatan Najib ke AS bimbangkan Kit Siang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/salleh-lawatan-najib-ke-as-bimbangkan.html

Subscribe to receive free email updates: