Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016

Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016
link : Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016

Baca juga


Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2016 mendapati Pulau Pinang dan Selangor adalah dua buah negeri dengan hutang terendah berbanding 12 negeri lain.

Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak pada akhir tahun lalu, berbanding RM1.49 juta yang ditanggung pada akhir 2015.

Ia disusuli Selangor yang mempunyai hutang sebanyak RM14.67 juta, berbanding RM27.09 juta pada akhir 2015.

Mengulas prestasi memberangsangkan ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ia menunjukkan kepimpinan Pakatan Harapan sebuah kerajaan pembangkang yang amanah, telus dan cekap dalam menguruskan sistem kewangan di pentadbiran negeri.

“Kerajaan negeri Pakatan Harapan membuktikan dengan urus tadbir yang baik dan amalan penuh berintegriti, kedudukan kewangan Pulau Pinang dan Selangor kini mendahului negeri-negeri lain.

“Kita ini pembangkang dan buat kerja mestilah memikirkan kebajikan rakyat, kita tak mahu rakyat terbebab dengan hutang.

“Sebab itu kita membuat kerja dengan baik kerana sistem pentadbiran kita yang juga begitu baik dan telus,” katanya kepada KeadilanDaily.

Pada masa sama, Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN membidas pentadbiran kerajaan negeri dibawah Umno BN yang dilaporkan mempunyai peningkatan hutang pada 2016.

“Inilah yang akan berlaku apabila satu kerajaan sahaja yang memerintah negara dengan mengamalkan sistem yang salah.

“Mereka saling tutup menutupi penyelewengan dan kesalahan antara mereka.

“Ini yang menyebabkan tidak ada satu penambahbaikan dalam sistem pemerintahan. Hutang pula semakin bertambah.

“Akhirnya rakyat yang memikul beban yang dialkuakn oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Ini telah dibuktikan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru,” katanya.

Laporan audit sama bagaimana menyebut bahawa hutang Pahang meningkat dan adalah jumlah tertinggi iaitu RM1,087.93 juta berbanding RM929.85 juta pada akhir 2015.

Ia diikuti Kedah yang mempunyai jumlah hutang kedua tertinggi, iaitu RM1,028.85 juta berbanding RM1,027.69 pada akhir 2015.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, badan berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri memperbaiki kelemahan dilaporkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 2 syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan, lapor FreeMalaysiaToday.



Demikianlah Artikel Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016

Sekianlah artikel Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor dan Pulau Pinang catat hutang terendah bagi 2016 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/selangor-dan-pulau-pinang-catat-hutang.html

Subscribe to receive free email updates: