Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang

Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang
link : Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang

Baca juga


Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang

 MOHD ALI HASHIM

Nurul Izzah bersama pimpinan PKR P.Pinang semasa pelancaran jentera pilihanraya PKR Negeri P.Pinang di Ptg Pauh semalam


Selepas Pas melancarkan jenteranya untuk merampas Permatang Pauh, PKR pula melancarkan jenteranya dan yakin akan mempertahankan kerusi parlimen itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar  ketika bercakap kepada media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman, Penanti, semalam berkata, pihaknya yakin akan menang di situ.

Nurul Izzah semasa berucap di Yayasan Aman semalamMenurut beliau lagi, Parlimen Permatang Pauh mempunyai sifat sentimentalnya yang tersendiri termasuklah pengundi yang telah memberikan mandat dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam politik semua yang bertanding inginkan kemenangan dan menjadi wakil rakyat.

"Sehubungan itu kita tidak ingin zahirkan provokasi kepada mana-mana pihak ataupun golongan.

"Kemenangan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi memperjuangkan nasib rakyat," jelasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkata, kerendahan diri, ketinggian akal adalah suatu yang amat penting dalam merencanakan setiap tindakan.

Justeru, tegasnya, PKR akan tetap mempertahankan kerusi-kerusi yang ada termasuklah kerusi yang dimenangi dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Apa yang kita perlukan ialah berjuang bagi menentang rasuah dan kleptokrasi Najib dan parti Umno-BN.

"Nasib rakyat menjadi keutamaan untuk diberi pembelaan.

"Perjuangan bagi menentang amalan korup dan penyelewengan yang begitu ketara dalam kepimpinan Umno dan BN adalah agenda utama yang kita akan terus perjuangkan sehinggalah berjaya menenangi pilihan raya yang akan datang

Sebelum ini Pas kawasan Permatang Pauh telah pun melancarkan jentera pilihan raya mereka dan berhasrat untuk bertanding kerusi tersebut.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa Pas hanya mampu menang satu kerusi Dun sahaja yang menjadi kerusi tradisi mereka di Dun Permatang Pasir.

Walaupun rekod menunjukkan Pas bertanding di enam buah kerusi Dun pada tahun 2013 yang lalu, mereka tetap hanya mampu menang satu kerusi tunggal tersebut semasa bersama Pakatan Rakyat.

Adalah difahamkan nasib mereka akan lebih parah apabila tidak bersama dengan gabungan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Manakala calon mereka bagi kerusi Dun Sg Acheh, Yusni Mat Piah turut hilang deposit dalam pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu.



Demikianlah Artikel Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang

Sekianlah artikel Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas Pas, kini PKR lancar jentera Permatang Pauh, yakin menang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/selepas-pas-kini-pkr-lancar-jentera.html

Subscribe to receive free email updates: