Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan

Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan
link : Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan

Baca juga


Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan



Kata Zahid, jika pengarah urusan mahu Kumpulan Utusan tidak rugi seperti sekarang, berdoalah ketika melakukan wukuf.


zahid-utusan-haji


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas berdoa ketika menunaikan haji agar syarikat akhbar itu pulih daripada masalah kewangan ekoran kerugian  dialami kebelakangan ini.

“Kalau CEO Utusan (pengarah urusan) mahu Utusan tidak rugi seperti macam sekarang, tak payah cari orang tapi doalah pada waktu (melakukan ibadah) wukuf,” kata beliau pada majlis mengucapkan “selamat jalan” kepada jemaah Haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Noordin merupakan antara 483 jemaah haji yang berlepas ke Mekah hari ini. Turut bersama dalam rombongan itu ialah 4 anggota Kabinet dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah.

Dalam pada itu, ketika ditemui FMT di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Noordin mengakui Utusan kini sedang mengalami kerugian dan sedang berusaha untuk menaikkan semula edaran Utusan, sekali gus memulihkan kedudukan kewangan syarikat tersebut.

“Ya, Kalau lihat 2 tahun lalu, memang statistik kita kerugian, seharusnya memperkembangkan bidang lain dalam industri ini. Contohnya Utusan mula memasuki bidang teknologi maklumat dan bidang hartanah.

“Dan keuntungannya ambil masa 3 hingga 5 tahun,” katanya yang dilantik menerajui Kumpulan Utusan sejak 2 tahun yang lalu.

Noordin memberitahu beliau tidak terasa dengan nasihat naib presiden Umno itu dan memahami maksud yang ingin disampaikannya berikutan semangat kawan baik antara mereka berdua.

“Zahid memang sedar industri surat khabar memang sedang hadapi cubaan dan dugaan. Mohon doa agar keluar daripada kemelut kerugian setelah dapat berjaya mengharungi meluaskan dalam bidang-bidang lain.

“Utusan memang tidak terkecuali sebab fokus kepada pensuratkhabaran.

“Dalam masa yang sama kita sedang lihat untuk memperluaskan bidang perniagaan kita dan tidak tertumpu kepada bidang pensurat khabaran,” katanya.

Laporan media tahun lalu antara menyebut, Kumpulan Uusan buat pertama kali dalam sejarah – sebuah akhbar aliran utama di Malaysia – sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Masalah kewangan syarikat yang dikaitkan dengan pemilikan Umno itu heboh diperkatakan setelah gaji kakitangan bukan eksekutifnya dimaklumkan akan dibayar gaji lewat.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Zainuddin Maidin yang lebih dikeknali dengan panggilan Zam pernah mendedahkan syarikat itu sedang ‘sakit’ setelah mengumumkan akan lewat membayar gaji pada Julai tahun lalu.

Kepimpinan baharu Utusan dipercayai sedang mengambil beberapa langkah pemulihan.

Utusan mencatat kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014. Makluman kepada Bursa Malaysia menunjukkan pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini.



Demikianlah Artikel Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan

Sekianlah artikel Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid nasihat Pengarah Urusan doa di Mekah pulih bisnes Utusan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/zahid-nasihat-pengarah-urusan-doa-di.html

Subscribe to receive free email updates: