Judul : Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA
link : Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA
Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyifatkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai hipokrit, apabila melabel pihak yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan bersabit anak tidak sah taraf sebagai taliban.
Justeru menurut Timbalan Presidennya Aminuddin Yahaya, Zaid perlu mencermin dirinya terlebih dahulu yang dikatakan sebagai penyokong liberal yang tidak mempunyai pendirian tetap dan sering berubah mengikut keadaan.
"Dia ni (Zaid) hipokrit, sebelum ni pun kalimah Allah keluar keputusan yang melawan dia marah, (tapi) kalau mana yang selari dengan dia, dia kata betul. Jadi bagi saya benda ni bukan satu benda yang salah, kerana kita masih ada lagi proses diperingkat mahkamah persekutuan. Benda ni belum habis macam tu lagi.
"Untuk cakap orang yang menentang perkara ni seperti Taliban, Zaid kena cermin diri dialah. Orang yang menyokong isu-isu liberal, yang menuduh orang-orang memegang asas-asas Islam sebagai ekstremis ni tiada asas," katanya kepada Antarapos.
Semalam, Zaid membidas pihak yang mempertikaikan keputusan anak tidak sah taraf boleh dibin atau dibintikan bapanya baru-baru ini.
Beliau yang melabel pihak berkenaan sebagai 'kumpulan Taliban', mempersoalkan mengapa anak tidak sah taraf itu tidak dibenarkan untuk didaftarkan dengan nama bapa sedangkan mereka tidak berdosa.
Beliau merujuk keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk terus membinkan anak “tidak sah taraf” dengan “bin Abdullah”, walaupun Mahkamah Rayuan berkata amalan itu bukan sahaja melanggar Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 tetapi juga mengaibkan anak luar nikah.
Tambah Aminuddin lagi, Zaid adalah individu yang menjadi liabiliti bukan sahaja kepada parti yang dianggotainya tetapi beliau juga berbahaya kepada negara kerana boleh mencetuskan keadaan huru-hara kepada rakyat.
"Orang seperti dia ni satu liabiliti untuk sesiapa pun, bukan pada DAP sahaja. Dulu dia selalu kata orang ni kaki lompat tapi dia sekarang sama macam tu.
"Dulu dia pertahan Umno lepas tu hentam Umno, bila dengan PKR dia buat benda yang sama juga. Orang yang tak ada pendirian macam ni bagi saya dia akan jadi liabiliti kepada mana-mana pihak.
"Orang yang macam ni sebenarnya bahaya kepada negara, dia akan hanya porak-perandakan dari segi hubungan kaum dan sebagainya," ujar beliau lagi.
Demikianlah Artikel Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA
Sekianlah artikel Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaid Ibrahim perlu cermin diri sebelum tuduh orang taliban - ISMA dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/zaid-ibrahim-perlu-cermin-diri-sebelum.html