ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang

ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang
link : ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang

Baca juga


ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang






Kuala Lumpur: Ketika seribu wanita PH berarak di ibu kota berpakaian ungu dengan tema perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’, seorang ADUN wanita Pulau Pinang yang menentang kilang toksik dilaporkan menjadi mangsa politik toksik sesetengah pemimpin PH negeri tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin daripada parti PKR semalam seperti yang dilaporkan media, mengakui tindakannya membangkitkan isu kilang haram toksik di Kampung Sungai Lembu menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan DAP tidak menyukainya.

“Saya tahu tindakan ini berlawan arus dan diberi kesan buruk kepada karier politik tetapi demi tugas untuk selesaikan aduan rakyat yang terseksa dengan masalah ini, saya akan terus berusaha serta bangkitkan pada persidangan DUN.”

“Usaha saya membangkitkan masalah itu pada sidang DUN lalu akhirnya diambil perhatian dan berharap lebih banyak kilang haram dapat ditangani melalui proses pemutihan oleh JAS supaya premis mereka boleh beroperasi mengikut peraturan ditetapkan,” kata Dr Norlela kelmarin.

Dalam pada itu, perarakan yang mengambil tempat kelmarin menghimpunkan ramai tokoh-tokoh wanita yang mahu kerajaan mendengar suara wanita dan jika kerajaan tidak berbuat demikian, ianya akan dilabel sebagai satu amalan politik kotor.

Perarakan di ibu negara kelmarin menghimpunkan antara lain tokoh-tokoh seperti Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Marina Mahathir, Noor Farida, Ambiga Sreenevasan, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Maria Chin.

Dr Norlela tidak mendapat pembelaan sewajarnya, malah beliau dilihat menjadi mangsa kerana meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik dalam isu kilang toksik di Pulau Pinang. Peruntukan untuk pusat khidmat ADUN ini turut disekat.

Dr Norlela Ariffin berkata, “Saya pernah usulkan akta itu pada sidang DUN dua tahun lepas supaya kerajaan negeri DAP mengambil tindakan ke atas kilang memproses habuk kayu di Sungai Lembu yang beroperasi lebih 10 tahun namun, Ketua Menteri (Lim Guan Eng) menolaknya,” katanya – menara.my



Demikianlah Artikel ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang

Sekianlah artikel ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Wanita Lawan Politik Toksik Jadi Mangsa Di Pulau Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/adun-wanita-lawan-politik-toksik-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :