Judul : Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak
link : Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak
Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Amanah akan bertanding di tiga kerusi di Sarawak, jumlah yang pernah diperuntukkan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen selepas gabungan itu menyelesaikan pembahagian 31 kerusi sesama mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
PKR, DAP dan Amanah juga bersetuju mengekalkan status quo yang pernah dipersetujui Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Hasil pembahagian itu DAP akan bertanding di 11 kerusi, PKR pula 17 dan Amanah menggantikan PAS dengan tiga kerusi.
Chong percaya PH Sarawak boleh memecahkan cengkaman kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
"Situasi di Semenanjung akan menjadi pemangkin kepada perubahan. Kawasan akar umbi Melayu di Semenanjung terutamanya di kawasan Umno, semakin goyah," kata Chong sebagaimana memetik The Malaysian Insight.
Pada PRU13, BN menang besar di kerusi majoriti Melayu dan Dayak di luar Bandar.
Manakala DAP menang di kerusi majoriti Cina di bandar, iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.
Demikianlah Artikel Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak
Sekianlah artikel Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/amanah-dapat-tiga-kerusi-pas-di-sarawak.html