Judul : Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan
link : Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan
Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun bersembunyi di negara ini, sekumpulan anggota militan Abu Sayyaf termasuk orang kanan kumpulan itu yang disyaki merancang serangan ketika majlis penutupan rasmi Sukan SEA 2017 dan sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional ditahan dalam serbuan di Cheras, pada Rabu lalu.
Kesemua lelaki yang ditahan itu terdiri daripada enam rakyat tempatan dan dua warga Filipina berusia antara 25 tahun sehingga 52 tahun.
Penahanan tersebut merupakan hasil risikan dan maklumat Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sebelum melancarkan serbuan terhadap tiga buah rumah di sekitar Cheras sekali gus menggagalkan rancangan tersebut.
Menurut sumber, dua warga Filipina yang ditahan dikatakan telah menyelinap masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu pada Disember 2015 melalui kepulauan Basilan di selatan Filipina menuju ke Sandakan, Sabah dan bersembunyi di ibu negara.
“Ketika serbuan, keenam-enam rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah yang ditahan itu dipercayai bertindak menyembunyikan dan melindungi dua anggota Abu Sayyaf warga Filipina tersebut.
“Selain itu, hasil siasatan lanjut juga mendapati rumah yang mereka tinggal itu adalah milik kepada salah seorang suspek rakyat tempatan yang ditahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber, siasatan lanjut terhadap dua warga Filipina terbabit mendapati salah seorang daripadanya telah mengakui pernah bertempur bersama-sama kumpulan Abu Sayyaf pada 2015.
Katanya, suspek yang juga merupakan orang kanan kumpulan terbabit turut mengakui pernah terlibat dalam penculikan membabitkan enam tebusan beragama Kristian selain bertindak menyembelih salah seorang mangsa berkenaan di Selatan Filipina.
“Siasatan lanjut, suspek tersebut juga mengakui ada bertemu Dr. Mahmud Ahmad seorang pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) yang diburu polis kerana terlibat dalam aktiviti militan di negara-negara bergolak di Basilan pada September 2015.
“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memperoleh kaitan enam rakyat Malaysia yang ditahan dengan kedua-dua anggota Abu Sayyaf tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Ya saya mengesahkan satu serbuan telah dilakukan oleh pasukan E8 Bukit Aman dan tunggu biar kami siasat,” katanya.
Hari ini sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan lapan individu dipercayai anggota Abu Sayyaf ditahan termasuk seorang pemimpin kanannya, Hajar Abdul Mubin, 25, atau dikenali sebagai Abu Asrie dan seorang lagi Abraham Embong.
Demikianlah Artikel Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan
Sekianlah artikel Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anggota militan Abu Sayyaf sembunyi di Malaysia dua tahun ditahan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/anggota-militan-abu-sayyaf-sembunyi-di.html