Judul : Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin
link : Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin
Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin
Azmin enggan ulas dakwaan Muhammad Taib, sebaliknya mempertikaikan kewibawaan bekas menteri besar itu untuk bercakap mengenai agenda Melayu.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali enggan ulas dakwaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam yang beliau menyertai Umno semula disebabkan pembangkang tidak memperjuangkan agenda Melayu.
Sebaliknya, beliau mempertikaikan kewibawaan bekas menteri besar Selangor itu untuk bercakap mengenai agenda Melayu.
“Saya ingat Tun Dr Mahathir Mohamad jawab semalam, apa yang berlaku di Australia itu perjuangan Melayu?” soal Azmin, dalam rakaman yang diterima FMT.
Beliau merujuk kepada kontroversi membabitkan Muhammad, yang melepaskan jawatan menteri besar pada April 1997 selepas didakwa di Australia atas pertuduhan membuat pengisytiharaan palsu, membabitkan wang berjumlah RM3.8 juta.
Muhammad dibebaskan mahkamah selepas memberi alasan tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak memahami peraturan mengenai mata wang.
Muhammad, 72 meninggalkan Umno untuk menyertai PAS pada 2013 dan PKR pada 2015.
Muhammad di sidang media mengumumkan kepulangannya ke pangkuan Umno semalam berkata beliau meninggalkan pembangkang kerana mereka tidak peduli kepada agenda Melayu.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak boleh diterima seorang pemimpin bukan Melayu PKR.
“Boleh dia beritahu apa yang PKR tidak perjuangkan untuk orang Melayu? Lihat di Selangor, betapa besar perbelanjaan untuk majukan Melayu,” kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
Adun Seri Andalas itu berkata hala tuju parti berkenaan agenda Melayu ditetapkan sendiri oleh pimpinan utama parti termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau kesal dengan sikap Muhammad dan berkata pemimpin seperti itu tidak boleh dipercayai kerana dia mengutuk Umno semasa bersama pembangkang, dan kini mengutuk pembangkang apabila kembali kepada Umno.
Demikianlah Artikel Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin
Sekianlah artikel Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa berlaku di Australia perjuangan Melayu, soal Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/apa-berlaku-di-australia-perjuangan.html