Judul : Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid?
link : Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid?
Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid?
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenyataan ahli DAP itu yang mengaitkan bantahan pesta arak dengan amalan poligami.
Tegas Mohd Asri, arak sememangnya memberi kesan buruk kepada manusia sehingga boleh menjerumuskan kepada pelbagai perlakuan yang bertentangan dengan agama seperti penzinaan.
"Kalau seseorang enggan atau tidak setuju pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak hiburan. Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara yang santun.
"Bukan sahaja mereka bernasyid dan bersolawat, tetapi mereka juga boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras.
"Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama. Sementara poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri," katanya dalam status di laman Facebook.
Status itu ditulis bagi membalas kenyataan Zaid yang mengaitkan bantahan pesta arak digerakkan oleh kumpulan 'sama', dipercayai merujuk kepada golongan agamawan.
Zaid juga menyifatkan kumpulan yang membantah pesta arak sebagai golongan yang menolak hiburan namun dalam masa sama lebih suka mengamalkan poligami.
Tambah Mohd Asri, adalah hak mereka yang bukan beragama Islam untuk meminum arak, namun demikian penganjuran pesta seumpamanya boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.
"Sebagai orang muslim patut ada etika ketika memberi pandangan berhubung dengan perkara yang jelas seperti ini," ujarnya lagi.
Bagaimanapun dalam status terbarunya, Zaid kembali membidas Mohd Asri dan berkata, pandangannya itu adalah kerana beliau percaya kepada konsep demokrasi dan menghormati kebebasan membuat pilihan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam memutuskan untuk menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beef Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pihaknya menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan sebagai satu program yang sensitif, sekali gus mampu menimbulkan kemarahan masyarakat.
Demikianlah Artikel Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid?
Sekianlah artikel Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa kaitan arak dengan poligami, Zaid? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/apa-kaitan-arak-dengan-poligami-zaid.html