Judul : Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat?
link : Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat?
Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat?
Rais HussinULASAN - Dengan laawatan rasminya ke Amerika Syarikat pada 12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan bakal menggunakan taktik lama setiap kali menjelang pilihan raya umum.
Sebagai contoh, sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2013, Najib membuat lawatan ke Semenanjung Gaza.
Ketika memijak runtuhan bumi Palestin, beliau mengenyit mata melihat teriknya matahari, berakur janji setia bekerjasama dengan HAMAS, juga sanggup mempertahankan seluruh Palestin andai diperlukan. Namun akhirnya apa pun tidak tercapai.
Lawatan sekali ke White House, Amerika Syarikat akan membawa drama ke Gaza, dan hasil yang sama juga akan tercapai, tidak berubah.
Lawatan ke Gaza, yang disusun oleh mantan Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa, sebenarnya merendahkan tauliah agama oleh Najib.
Ini adalah PAS, mempamerkan hubungan baik mereka dengan Ikhwanul Muslimin, bagi menampakkan Umno lebih terkehadapan.
Namun, Najib sebenarnya dirantai dan digari. Beliau tidaklah sebebas yang beliau sangka.
Sama juga apa yang terjadi pada Presiden Donald Trump. Dengan banyak kesilapan yang dilakukan mereka, kedua-dua pemimpin ini tercalar dengan isu-isu kontroversi.
Kepopularan mereka semakin merundum, bukan meningkat.
Bagaimana agaknya salah satu dari keduanya dapat mendapat manfaat daripada pilihan raya?
Selalu dicerca
Trump adalah seorang sosok politik yang selalu dicerca, kalau bukan di dunia, di negaranya sendiri Amerika Syarikat. Beliau bersenang-senang dalam kontroversi dan kemasyhuran negatif.
Najib pula, semakin hilang genggamannya dalam Umno dan kerajaan. Lawatan ke Washington DC ketika mana White House itu sendiri sedang berpecah hanyalah satu undangan memasuki laman cermin – yang mana Najib sendiri akan melihat refleksi disfungsi yang ada pada dirinya.
Tidak kisahlah isu apa agaknya Najib berhajat hendak berbincang dengan Trump, tidak ada satu pun yang akan sangkut.
Isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), Amerika Syarikat sudah keluar. Malaysia mahu turut serta, tetapi sukar untuk Najib untuk mengubah fikiran Trump ketika mana Najib telah memposisikan Malaysia di bucu China.
Berkenaan isu dengan Korea Utara pula, Malaysia kekurangan kedalaman strategik dan diplomatik dalam ASEAN bagi meyakinkan Pyongyang untuk berkelakuan baik.
Tetapi isu Korea Utara telah sampai satu tahap dan tidak boleh berpatah balik di mana Kim Jong-un sudah memiliki Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM) berserta kemampuan nuklear. Apa lagi yang Malaysia akan sembangkan dengan Trump yang Amerika Syarikat tidak pernah terfikir dengan China?
Berkenaan Negara Islam, Malaysia mendakwa sebagai negara yang membanteras ekstremisme. Kita perlu ingat bahawa Raja Salman dan Arab Saudi kedua-duanya mendefinisikan HAMAS dan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas juga.
Hubungan Umno-PAS
Adakah ini bermaksud Malaysia akan mula mengkritik HAMAS dan Ikhwanul Muslimin? Kalau Najib lakukan juga, perikatan Umno dan PAS akan jadi lebih keruh.
Juga, pergeseran antara Saudi Arabia dan Malaysia sudah berlaku sejak kebelakangan ini. Perlantikan Nasharudin sebagai duta Malaysia di Saudi Arabia tidak pernah diluluskan oleh Riyadh.
Najib juga tidak pernah berani melepasi garisan dengan melantik Nashrudin di negara-negara Teluk yang lain. Najib tahu pada 2014, juga kini, sebarang bentuk sokongan kepada HAMAS dan Ikhwanul Muslimin akan menjengkelkan kerabat diraja Arab Saudi.
Kedua-dua HAMAS dan Ikhwanul Muslimin secara jelas menentang pemerintahan kerabat diraja di negara-negara Teluk, dan mereka telah dianggap oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebagai organisasi pengganas.
Dalam konteks ini, lawatan ke Amerika Syarikat adalah sebuah lawatan yang bakal mendatangkan keburukan. Najib akan berhadapan dengan kredibiliti diplomasi yang teruk secara jelasnya kerana Trump sendiri adalah malapetaka yang berterusan.
Dengan memilih Trump, Najib sedang memilih seorang presiden yang kemungkinan besar akan diheret ke mahkamah juga; pada masa sama Najib akan ditumbangkan dari tampuk kuasa oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum kali ke-14 tidak lama lagi.
Tidak dilupakan juga, banyak pihak media akan menunggu Najib dan bertanyakan soalan berkenaan sesi dengan Presiden Amerika Syarikat. Mungkin juga tiada kenyataan media. Saya cenderung mengatakan bahawa tidak akan ada kenyataan media.
DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Demikianlah Artikel Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat?
Sekianlah artikel Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa mampu Najib capai dengan ke Amerika Syarikat? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/apa-mampu-najib-capai-dengan-ke-amerika.html