Judul : Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M
link : Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M
Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M
PAS berkata kesedaran politik yang dialami Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berlaku 20 tahun lalu.
PETALING JAYA: PAS hari ini mengutus surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab kritikan bekas perdana menteri itu semalam yang menuduh parti itu memudahkan
kemenangan untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS sudah lama menentang Umno dan merasakan segala halangan terhadap pembangkang sepanjang pemerintahan Dr Mahathir.
“Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang,” kata Tuan Ibrahim dalam surat yang menyenaraikan pelbagai tindakan bekas presiden Umno itu mengekang kebebasan pembangkang.
Menurutnya, kesedaran politik yang dialami Dr Mahathir mengenai Umno sepatutnya berlaku 20 tahun lalu.
“Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun?” kata Tuan Ibrahim.
Semalam, Dr Mahathir menuduh PAS membantu Barisan Nasional (BN) kerana enggan menyertai PH dalam usaha mengelak pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
“Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib,” kata pengerusi PH itu.
Tuan Ibrahim berkata PAS tidak hanya berpuas hati dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sahaja.
“Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini.”
Menurutnya, serangan Dr Mahathir terhadap PAS menunjukkan sikap panik pada sokongan PAS ketika ini.
Menurutnya, PAS tidak gentar dengan pertandingan 3 penjuru.
“Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing.”
“Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa U-turn.”
Demikianlah Artikel Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M
Sekianlah artikel Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baru 2 tahun pembangkang sudah rasa perit, PAS beritahu Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/baru-2-tahun-pembangkang-sudah-rasa.html