Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam

Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam
link : Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam

Baca juga


Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menyangkal kenyataan seorang pemimpin Amanah yang mendakwa parti itu kini berada dalam dilema selepas ada pemimpin kanan parti menolak kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkara sedemikian tidak berbangkit kerana partinya itu tidak pernah berniat untuk bekerjasama dengan BN selama ini.
 
Malah ujarnya, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti menerusi Gagasan Sejahtera sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini.
 
"Bila pula kita ingin bekerjasama dengan BN?
 
"Kenapa pula timbul ada orang bantah sedangkan tidak ada kerjasama.
 
"PAS telah menegaskan bahawa PAS akan bertanding dalam PRU melalui Gagasan Sejahtera, berlawan dengan BN Umno dan PH, itu keputusan bersama kita, bukan baru tetapi sudah lama," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS berada dalam dilema apabila terdapat pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama membabitkan BN.
 
Husam mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin parti mengenai kerjasama bersama parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.
 
Mengulas lanjut, Khairuddin menganggap kenyataan Husam itu sebagai tidak relevan dan lapuk memandangkan ADUN Salor itu pernah menggunakan 'alasan' yang sama ketika mahu keluar daripada PAS.
 
"Datuk Husam ini bercakap di luar daripada konteks dan di awang-awangan.
 
"Kenyataan yang tidak 'valid' dan relevan.
 
"Itu modal lama Husam, dulu semasa dia ingin keluar PAS pun dia kata sebab PAS ingin bekerjasama dengan Umno, jadi ini semua sudah lapuk, benda lapuk yang diulang-ulang untuk merelevankan kewujudan parti Amanah Negara," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi.
 
Husam merupakan bekas pimpinan tertinggi PAS telah dipecat keanggotaanya dalam parti itu selepas lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS dengan Umno. 
 
Beliau yang juga ADUN Salor kemudiannya bertindak mengumumkan menyertai parti serpihan PAS, Amanah pada Ogos tahun lalu.
 
 


Demikianlah Artikel Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam

Sekianlah artikel Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila pula PAS nak bekerjasama dengan BN, Khairuddin selar Husam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/bila-pula-pas-nak-bekerjasama-dengan-bn.html

Subscribe to receive free email updates: