Judul : Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK
link : Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK
Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK
Mohd Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR – Susulan daripada gesaan Datuk Zaid Ibrahim yang mahu orang Islam di negara ini untuk berhijrah ke United Kingdom,Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) United Kingdom tampil memberi pencerahan berkenaan perkara tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perkasa UK mengalu-alukan dan menggalakkan rakyat negara ini untuk keluar negara bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman namun, perlu kembali semula ke tanah air untuk menyumbang ilmu dan pengalaman tersebut kepada nusa bangsa.
“Perkasa UK amat menggalakkan rakyat Malaysia untuk keluar negara terutamanya ke UK bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman, tetapi perlu pulang semula ke tanah air bagi menyumbangkan ilmu dan pengalaman yang dipelajari dan sekaligus membantu dalam membangunkan bangsa dan tanah air kita.
“Semangat kecintaan dan patriotik terhadap negara kita perlu disematkan dengan erat di dalam diri.
Jangan kita sekali-kali menjadi kacang yang lupakan kulit,” kata Pengerusi Kelab Perkasa United Kingdom, Ainor Izman Mahmood.
Tambah Ainor, melalui penghijrahan atau bekerja di luar negara, kita boleh menghayati secara terus pengalaman di negara-negara yang lebih maju dari pelbagai sudut seperti sistem pendidikan, kehidupan dan sebagainya.
Namun, ia tidak menjanjikan kehidupan yang lebih baik di sana kerana baik atau buruk nasib seseorang adalah ditentukan oleh dirinya sendiri dengan usaha yang dilakukan bagi mengubah kehidupan sendiri.
“Di UK, tiada sebarang keistimewaan dan kemudahan spesifik yang dijanjikan kepada kita untuk memulakan langkah di sini. Segalanya bergantung kepada tubuh badan sendiri.
“Dan kita juga perlu bersaing dengan bangsa lain selain daripada penduduk UK, terutamanya penduduk dari Kesatuan Eropah (EU) yang lebih diberikan keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan dan sebagainya. Adakah ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik di UK?
“Dari konteks keagamaan, di Malaysia, akses untuk mengamalkan dan menganjurkan aktiviti berteraskan keagamaan adalah lebih baik berbanding di UK. Tiada rasa takut untuk mengamalkan ibadah mengikut agama masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Zaid yang menggelar Malaysia sebagai ‘negara orang Islam yang tenat’, menggesa rakyat negara ini berhijrah ke United Kingdom (UK) di mana kehidupan akan lebih baik di sana. -MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK
Sekianlah artikel Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Boleh hijrah tapi jangan jadi kacang lupakan kulit – Perkasa UK dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/boleh-hijrah-tapi-jangan-jadi-kacang.html