Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah

Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah
link : Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah

Baca juga


Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah

MALAYSIAKINI




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur semalam mempunyai unsur jenayah.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata buat masa ini pihaknya sedang menyiasat dari sudut kecuaian serta teknikal dan siasatan dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.

"Peringkat awal siasatan adalah mencari punca kebakaran dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan rakaman percakapan daripada pemilik premis, mangsa yang terselamat dan saksi di tempat kejadian.

"Kalau ada melibatkan elemen jenayah dan sabotaj, pihak bomba akan serah laporan kepada PDRM untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pasukan forensik JBPM telahpun mendapatkan keterangan daripada pemilik premis serta beberapa mangsa selain saksi kejadian.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Nor menyifatkan tragedi semalam adalah yang terburuk selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kampung Padang Lumut, Yan, Kedah pada 22 Sept 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar.

Dalam kejadian 5.15 pagi semalam, 21 pelajar lelaki berumur antara 11 dan 17 tahun serta dua guru yang juga warden tahfiz itu, maut selepas seluruh tingkat paling atas bangunan sekolah tiga tingkat tersebut dijilat api.

Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur semalam mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu tidak berpunca daripada litar pintas apabila siasatan mengesahkan litar elektrik pada suis utama bangunan tahfiz tersebut berkeadaan baik.

Sementara itu, ketibaan sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Forensik Bukit Aman di perkarangan tahfiz itu kira-kira 10 pagi ini, menarik perhatian orang ramai dan wakil media yang berkumpul di kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini kes berkenaan.

Difahamkan Unit Forensik Bukit Aman itu akan berganding bahu dengan Pasukan Forensik JBPM bagi menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran tersebut.

Lokasi kebakaran juga terus dikunjungi orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat kesan kebakaran tersebut.

Seorang daripada mereka, Abdul Rahim Saad, 72 dari Jitra, Kedah, berkata dia berasa terkesan dengan kes tersebut kerana pernah mendengar pelajar sekolah berkenaan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada satu majlis yanag dihadirinya beberapa bulan lepas.

“Kebetulan saya sedang melawat anak saya di Taman Tun Hussein Onn, Cheras, jadi apabila saya dengar kejadian ini saya minta anak saya bawa ke sini.

"Saya berasa terkilan kerana mereka dijemput Allah pada usia masih muda, namun saya harap anggota keluarga reda menerima ketentuan Allah ini," kata pesara swasta berkenaan ketika ditemui pemberita.- Bernama



Demikianlah Artikel Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah

Sekianlah artikel Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bomba akan kerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/bomba-akan-kerjasama-dengan-polis-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :