Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika

Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika
link : Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika

Baca juga


Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika

 
Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika


Lebih baik dana berbilion ringgit yang mahu dibelanjakan Perdana Menteri untuk ‘mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat’ digunakan bagi keperluan dalam negara yang lebih mendesak, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kit Siang menasihati Datuk Seri Najib Razak supaya menggunakan dana berjumlah RM60 bilion itu untuk mengukuhkan ekonomi negara dan bukan untuk memangkin ekonomi negara maju dan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.

“Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia dengan dana sebesar itu.

“Sebagai contoh membantu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang terpaksa ditutup sementara,
membantu 100,000 peneroka Felda yang menghadapi krisis ekonomi atau 700,000 graduan yang gagal membayar hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara),” ujarnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin seperti dilaporkan media semalam memaklumkan bahawa KR1M akan ditutup untuk sementara waktu bagi tujuan penambahbaikan.

Bagaimanapun ini bertentangan dengan kenyataan syarikat pengendali KR1M di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSI), Mydin Mohamed Holdings yang mendakwa mengalami kerugian yang besar.

KR1M yang ditubuhkan dan dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Sementara itu, Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) turut mengalami kerugian mencecah RM10 bilion selain harga saham yang kian menurun – kerugian yang secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap pendapatan peneroka.

“Tidak syak lagi, terdapat keperluan yang mendesak bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan ekoran penutupan KR1M di seluruh negara, malah ribuan peneroka serta graduan yang gagal membayar semula hutang PTPTN memerlukan perhatian yang serupa.

“Sudah tiba untuk Najib bangkit dan menyedari bahawa realitinya kerajaan Malaysia dan ekonominya malahan dirinya tidak mampu untuk mengukuhkan ekonomi AS, adalah menjadi tugasnya sebagai Perdana Menteri untuk mengukuh ekonomi negaranya sendiri,” tambahnya.




Demikianlah Artikel Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika

Sekianlah artikel Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda, peminjam PTPTN dan KR1M lebih perlukan dana RM60 bilion berbanding Amerika dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/felda-peminjam-ptptn-dan-kr1m-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :