Judul : Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ
link : Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ
Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ
TH E MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Hanya 1.2 peratus daripada 32 juta rakyat negara ini menjadi pengikrar penderma organ sejak 1997 hingga Julai tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Tye hari ini.
Beliau berkata peratusan itu mewakili 393,221 orang dengan purata sekitar 35,000 orang berdaftar sebagai pengikrar setiap tahun.
“Pada tahun ini, kita menyasarkan lebih 51,000 orang mendaftar sebagai penderma organ sekali gus menyamai rekod pencapaian tertinggi jumlah pengikrar pada 2015,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Sehubungan itu, beliau berkata sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan pada Oktober depan, pelbagai program akan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung pendermaan organ.
Antaranya ialah acara larian “Let’s Save Lives – 6KM Fun Run, Walk and Jog” akan diadakan pada 8 Okt di Presint 2, Putrajaya selain kempen jalanan, ceramah, ceramah agama dan pameran yang bakal dianjurkan di seluruh negara, katanya.
Beliau berkata program ‘Jom Bincang-Let’s Talk’ juga akan diadakan melibatkan sukarelawan dan pengikrar serta waris bagi menjadikan pendermaan organ suatu kebiasaan di negara ini.–Bernama
Demikianlah Artikel Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ
Sekianlah artikel Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hanya 1.2% rakyat Malaysia jadi pengikrar penderma organ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/hanya-12-rakyat-malaysia-jadi-pengikrar.html