Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan

Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan
link : Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan

Baca juga


Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Polis menafikan khabar angin bahawa pihak berkuasa akan mendakwa ibu bapa tujuh suspek utama yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga mengorbankan 23 nyawa, Khamis lalu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara itu hanya bersifat spekulasi dan menegaskan ibu bapa suspek tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
 
Sehubungan itu katanya, polis melihat tiada keperluan mendakwa mereka sebagaimana dihebohkan di media sosial.
 
“Itu spekulasi sahaja. Tidak perlu diperbesar-besarkan, ibu bapa, saya fikir tidak ada kena mengena dalam kes ini. Kita kena buat saranan yang adil dan sewajarnya.
 
“Diharap media dan semua pihak tidak buat spekulasi bukan-bukan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan. 
 
Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
 
Susulan itu polis telah berjaya menahan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.
 
Polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.
 
Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 September untuk siasatan lanjut.
 
 


Demikianlah Artikel Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan

Sekianlah artikel Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu bapa suspek bakar tahfiz tiada kaitan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/ibu-bapa-suspek-bakar-tahfiz-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :